Tuesday, June 17, 2014

Aku lemah :(

Assalammualaikum hamba kesayangan Allah sekalian.

Sudah berhabuk belog ini tidak diupdate sekian lamanya. Seperti almari yang berdebu. Eh. Okay. Sungguh hiperbola di situ. Belog tidak diupdate diumpamakan sebagai almari yang berdebu. Krik Krik krik.

Kesayangan Allah sekalian,

Cuti sekolah sudah pun habis. Masa untuk kembali sekolah sudah bermula. Selamat kembali sekolah untuk adik-adik yang bersekolah. Untuk siswa siswi universiti yang sudah habis bercuti, selamat kembali berjihad menuntut ilmu di tempat kalian masing-masing. :)

Okay.

Hadirin sekalian, ehem!

Pernahkah anda merasakan diri anda sangat lemah? Lemah yang saya maksudkan di sini ialah dari emosi dan rohani. Anda sudah meluahkan masalah kepada kawan rapat anda yang memang terbaik, kepada sesiapa yang anda rasakan patut tetapi masih, anda rasakan kekurangan. Anda rasa anda masih lemah walau anda sudah berusaha meluahkan pada mereka yang dipercayai. Kenapa?

Tak rasa anda terlupa sesuatu?

Saudaraku,

Dalam hidup ini kita memang akan berasa lemah banyak kali. Semua manusia akan berasa lemah bila ditimpa dugaan. Bahkan jatuh cinta juga boleh membuatkan hati anda berasa lemah. Lemah kerana tidak berdaya mengawal perasaan sendiri. Anda minta nasihat daripada orang dan mereka katakan perkara yang sama kepada anda. hmm. Jika saya, saya akan naik jemu mendengarnya.

Sayang, cuba anda imbas kembali.

Apa yang anda terlupa sehingga gagal mencari kekuatan diri?
Gagal bangkit apabila berasa lemah?

Anda terlupa anda ada DIA.

DIA yang menciptakan anda, menciptakan saya, menciptakan kita semua.

Kita tak boleh nafikan memang kita akan cari manusia untuk berkongsi masalah tapi ketahuilah kawan, manusia tidak akan mampu memahami kita sebagai DIA yang menciptakan kita memahami kita. Mana mungkin Allah yang menciptakan kita tidak memahami kita. Walau sekelumit bicara terlintas di hati, Allah tahu. Walau sekecil mana hati kita berbisik, Allah tahu. Lihatlah di situ. :')

Jadi kenapa masih berasa bimbang?

Luahkan pada Allah.
Itu kekuatan kita sebagai orang Islam.

Percayalah, hati anda akan tenang apabila mengadu, bersyukur, memohon dan meminta kepadaNya. Kerana Dia Maha Mendengar setiap doa yang terlintas di hati. Allah Maha Berkuasa. Mintalah kepadanya. Mohon kepadaNya. Selalu akan ada keajaiban bila kita bertawakal kepadaNya.

Sekarang kita punya pilihan :)

Pergilah kepada manusia andai ada masalah. Mungkin anda memerlukannya ketika itu.

Tapi saya yakin, meluahkan rasa kepada Allah jauh lebih menyenangkan dan menenangkan.

Peace.