Assalamualaikum hamba Allah sekalian.
Banyak orang kata orang yang sentiasa ceria itu hidupnya
sentiasa bahagia.
Benarkah begitu? Atau dia bijak menyembunyikan perasaan?
Kesayangan hamba,
Lumrah hidup manusia takkan pernah lari dari dirundung masalah. Wajah yang
sentiasa ceria itu mungkin benar menggambarkan dia memang sentiasa ceria
orangnya namun jangan disangka dia tiada masalah. Kadang saja nak senyum untuk
sebarkan aura positif dia kepada orang sekeliling sebab dia tahu jika dia
bersedih, kawan-kawan dia akan sedih. Macam cerita sinetron dalam TV 3 yang
main dari Isnin sampai Khamis tu .
Tapi akan ada satu tahap si dia yang berwajah ceria ini
down.
Dia mengalah dengan keadaan sekeliling.
Wajah bermuram durja. Kenapa
bermuram durja dan berduka padahal Allah ada?
Kalau macam tu, silakan baca kisah benar di bawah. Based on
true story. Series nei.
Ada seorang gadis .
Bertudung labuh . Manis dipandang. Senyum sentiasa terukir
di bibir.
Namun kadang gadis ini berbahaya. Saat jejaka control macho
mengorat, dia menjadi singa .
Bertemu dengan hadek-hadek usrah, dia paling mesra .
Berchipika – chipiki.
Gambar diculik dari facebook
" The one who loves Allah loves the one who loves Allah"
Pendek kata dia paling ceria antara sahabatnya yang lain.
Jika dia tiada, senyaplah dunia. Aman dunia bak kata temannya.
Disebabkan senyum selalu menguntum di bibir dan tawa sering
menghiasi harinya, ramai yang tidak tahu gadis ini berada dalam dilema. Dalam
kebuntuan. Dia sering termenung saat bersendirian. Dia tahu bahawa dia perlu
menjaga hubungan dengan Allah. Ya, memang dia menjaganya. Solat awal waktu, Al
Quran menjadi teman setia dan solat sunat juga sering dilakukan. Bagi gadis
itu, cukuplah Allah sebagai pelindungnya.
Namun kebuntuan dan dilema .
Tetap ada. Sering dia berdoa meminta petunjuk mengenai
perkara tersebut.
Perkara yang bersangkutan dengan hati dan perasaan.
Perkara yang bersangkutan dengan perasaan cinta terhadap
makhluk Allah yang lain. Berlainan jantina.
Gadis itu tidak bercouple kerana dia tahu Allah telah
melarang dekati zina.( Al Isra : 32 )
Tapi gadis itu kadang tenggelam dengan perasaannya sendiri.
Sampai dia menangis dan merintih dalam hati.
“ Ya Allah, kenapa aku memikirkan perkara ini sedangkan
sepatutnya aku kerahkan fikiranku, tenagaku dan masaku untuk membina dan
mengasah logam-logam di luar sana. Membuang karat pada logam itu menjadi besi
yang berkilau dan berguna untuk Islam. Kenapa?”
Bunyinya agak ekstrem kan. Hew hew hew
Tapi itulah yang gadis itu sering fikirkan.
“Mungkin aku patut beranggapan dia bakal menjadi milik orang
lain.” Yeah, kadang gadis itu juga menanam dalam mindanya fikiran seperti ini.
Tapi akibatnya, hati gadis itu sendiri merana dan sakit.
Kerana beranggapan orang yang dicintai itu milik orang lain.
Allahu, betapa
gadis itu buntu. Apa yang harus dilakukan?
Dalam doanya, hatinya sentiasa
mendoakan orang yang dicintainya itu.
Di samping mendoakan perkara yang
sepatutnya.
Kamu tahu apa yang gadis itu fikirkan?
Baginya semua ini pelik.
Ya.
Sebelum ini dia memang pernah jatuh cinta tetapi cinta yang
begini ? Dia tak pernah lagi.
Cinta di mana dia rasakan dia sebenarnya tidak bertepuk
sebelah tangan.
Tatkala dia mengatakan itu hanya perasaannya yang serba
perasan . Ceh. Ada lagi kejadian yang akan mengakibatkannya berharap.
Akibatnya, dia menangis dalam solat kerana perkara tersebut.
Ya, semua orang akan
fikir tak berguna menangis pasal benda remeh tu kan.
Well bro and sister
sekalian,
hanya orang merasakannya akan mengetahui .
Sebab tu gadis tu kadang rasa useless bah menangis sebab benda itu.
Tapi dia bersyukur at least dia masih dapat nanges tandanya hati dia masih lembut.
Tapi suatu hari, sahabat karib dia sharing dengan gadis itu.
“ Farah, saya faham perasaan awak. Tapi awak tahu tak benda
yang kita suka tak semestinya baik untuk kita, tau? Mungkin awak rasa si dia
itu memang sudah menjadi yang terbaik , berupaya menjadi suami yang terbaik
untuk awak but then Allah lebih mengetahui, sayang. Allah lebih tahu apa yang
terbaik untuk kita."
Gadis itu terkedu sebentar. Terdiam. Mencari kekuatan
sebentar.
Benar apa yang dikatakan sahabatnya itu. Sudah dinyatakan
oleh Allah dalam surah Al Baqarah ayat 216.
Gadis itu tersenyum. Buat apa dia
harus bersedih?
Allah ada untuknya. Allah tahu apa yang terbaik. Dia percaya.
La Tahzan.
Allah simpan seseorang yang special untuk dirinya.
Mungkin lelaki
yang dicintainya itu merupakan jodohnya dan mungkin juga tidak.
Gadis itu tahu
kenyataan tidak selalunya manis.
Namun PASTINYA Surga itu tersangat manis.
“ Aku takkan pernah berhenti berdoa kerana doa itu senjata”
Bisik hatinya.
Gadis itu tersenyum .
Well everything needs time to recover.
Tapi kali ini biarlah dia cukupkan dirinya dengan cinta
Allah.
Kerana cinta pada Allah akan membuahkan cinta pada yang
lain.
Siyess .
Dan dia yakin Allah akan makbulkan doanya yang terbaik untuk
dirinya.
Fokus pada matlamat.
Masih banyak jiwa di luar sana perlukan tarbiyah dan dakwah.
Termasuk hati gadis itu sendiri.
Dan perlu terima hakikat, gadis itu manusia biasa.
Akan tiba saatnya dia jatuh cinta dan berharap.
Namun lebih indah andai harapan itu disandarkan padaNYA .