Tuesday, June 17, 2014

Aku lemah :(

Assalammualaikum hamba kesayangan Allah sekalian.

Sudah berhabuk belog ini tidak diupdate sekian lamanya. Seperti almari yang berdebu. Eh. Okay. Sungguh hiperbola di situ. Belog tidak diupdate diumpamakan sebagai almari yang berdebu. Krik Krik krik.

Kesayangan Allah sekalian,

Cuti sekolah sudah pun habis. Masa untuk kembali sekolah sudah bermula. Selamat kembali sekolah untuk adik-adik yang bersekolah. Untuk siswa siswi universiti yang sudah habis bercuti, selamat kembali berjihad menuntut ilmu di tempat kalian masing-masing. :)

Okay.

Hadirin sekalian, ehem!

Pernahkah anda merasakan diri anda sangat lemah? Lemah yang saya maksudkan di sini ialah dari emosi dan rohani. Anda sudah meluahkan masalah kepada kawan rapat anda yang memang terbaik, kepada sesiapa yang anda rasakan patut tetapi masih, anda rasakan kekurangan. Anda rasa anda masih lemah walau anda sudah berusaha meluahkan pada mereka yang dipercayai. Kenapa?

Tak rasa anda terlupa sesuatu?

Saudaraku,

Dalam hidup ini kita memang akan berasa lemah banyak kali. Semua manusia akan berasa lemah bila ditimpa dugaan. Bahkan jatuh cinta juga boleh membuatkan hati anda berasa lemah. Lemah kerana tidak berdaya mengawal perasaan sendiri. Anda minta nasihat daripada orang dan mereka katakan perkara yang sama kepada anda. hmm. Jika saya, saya akan naik jemu mendengarnya.

Sayang, cuba anda imbas kembali.

Apa yang anda terlupa sehingga gagal mencari kekuatan diri?
Gagal bangkit apabila berasa lemah?

Anda terlupa anda ada DIA.

DIA yang menciptakan anda, menciptakan saya, menciptakan kita semua.

Kita tak boleh nafikan memang kita akan cari manusia untuk berkongsi masalah tapi ketahuilah kawan, manusia tidak akan mampu memahami kita sebagai DIA yang menciptakan kita memahami kita. Mana mungkin Allah yang menciptakan kita tidak memahami kita. Walau sekelumit bicara terlintas di hati, Allah tahu. Walau sekecil mana hati kita berbisik, Allah tahu. Lihatlah di situ. :')

Jadi kenapa masih berasa bimbang?

Luahkan pada Allah.
Itu kekuatan kita sebagai orang Islam.

Percayalah, hati anda akan tenang apabila mengadu, bersyukur, memohon dan meminta kepadaNya. Kerana Dia Maha Mendengar setiap doa yang terlintas di hati. Allah Maha Berkuasa. Mintalah kepadanya. Mohon kepadaNya. Selalu akan ada keajaiban bila kita bertawakal kepadaNya.

Sekarang kita punya pilihan :)

Pergilah kepada manusia andai ada masalah. Mungkin anda memerlukannya ketika itu.

Tapi saya yakin, meluahkan rasa kepada Allah jauh lebih menyenangkan dan menenangkan.

Peace.





Thursday, May 22, 2014

Gadis itu

Assalamualaikum hamba Allah sekalian.

Banyak orang kata orang yang sentiasa ceria itu hidupnya sentiasa bahagia. 
Benarkah begitu? Atau dia bijak menyembunyikan perasaan?

Kesayangan hamba,

Lumrah hidup manusia takkan pernah  lari dari dirundung masalah. Wajah yang sentiasa ceria itu mungkin benar menggambarkan dia memang sentiasa ceria orangnya namun jangan disangka dia tiada masalah. Kadang saja nak senyum untuk sebarkan aura positif dia kepada orang sekeliling sebab dia tahu jika dia bersedih, kawan-kawan dia akan sedih. Macam cerita sinetron dalam TV 3 yang main dari Isnin sampai Khamis tu .  

Tapi akan ada satu tahap si dia yang berwajah ceria ini down. 
Dia mengalah dengan keadaan sekeliling. 
Wajah bermuram durja. Kenapa bermuram durja dan berduka padahal Allah ada?

Kalau macam tu, silakan baca kisah benar di bawah. Based on true story. Series nei.

Ada seorang gadis .

Bertudung labuh . Manis dipandang. Senyum sentiasa terukir di bibir.

Namun kadang gadis ini berbahaya. Saat jejaka control macho mengorat, dia menjadi singa .

Bertemu dengan hadek-hadek usrah, dia paling mesra .
Berchipika – chipiki.
Allah. . .


Gambar diculik dari facebook 

" The one who loves Allah loves the one who loves Allah"

Pendek kata dia paling ceria antara sahabatnya yang lain. Jika dia tiada, senyaplah dunia. Aman dunia bak kata temannya.

Disebabkan senyum selalu menguntum di bibir dan tawa sering menghiasi harinya, ramai yang tidak tahu gadis ini berada dalam dilema. Dalam kebuntuan. Dia sering termenung saat bersendirian. Dia tahu bahawa dia perlu menjaga hubungan dengan Allah. Ya, memang dia menjaganya. Solat awal waktu, Al Quran menjadi teman setia dan solat sunat juga sering dilakukan. Bagi gadis itu, cukuplah Allah sebagai pelindungnya.

Namun kebuntuan dan dilema .

Tetap ada. Sering dia berdoa meminta petunjuk mengenai perkara tersebut.

Perkara yang bersangkutan dengan hati dan perasaan.

Perkara yang bersangkutan dengan perasaan cinta terhadap makhluk Allah yang lain. Berlainan jantina.

Gadis itu tidak bercouple kerana dia tahu Allah telah melarang dekati zina.( Al Isra : 32 )

Tapi gadis itu kadang tenggelam dengan perasaannya sendiri. Sampai dia menangis dan merintih dalam hati.

“ Ya Allah, kenapa aku memikirkan perkara ini sedangkan sepatutnya aku kerahkan fikiranku, tenagaku dan masaku untuk membina dan mengasah logam-logam di luar sana. Membuang karat pada logam itu menjadi besi yang berkilau dan berguna untuk Islam. Kenapa?”

Bunyinya agak ekstrem kan. Hew hew hew

Tapi itulah yang gadis itu sering fikirkan.

“Mungkin aku patut beranggapan dia bakal menjadi milik orang lain.” Yeah, kadang gadis itu juga menanam dalam mindanya fikiran seperti ini.

Tapi akibatnya, hati gadis itu sendiri merana dan sakit. 
Kerana beranggapan orang yang dicintai itu milik orang lain. 
Allahu, betapa gadis itu buntu. Apa yang harus dilakukan? 
Dalam doanya, hatinya sentiasa mendoakan orang yang dicintainya itu. 
Di samping mendoakan perkara yang sepatutnya.

Kamu tahu apa yang gadis itu fikirkan?
Baginya semua ini pelik.
Ya.

Sebelum ini dia memang pernah jatuh cinta tetapi cinta yang begini ? Dia tak pernah lagi.
Cinta di mana dia rasakan dia sebenarnya tidak bertepuk sebelah tangan.

Tatkala dia mengatakan itu hanya perasaannya yang serba perasan . Ceh. Ada lagi kejadian yang akan mengakibatkannya berharap. 
Akibatnya, dia menangis dalam solat kerana perkara tersebut. 
Ya, semua orang akan fikir tak berguna menangis pasal benda remeh tu kan. 

Well bro and sister sekalian, 
hanya orang merasakannya akan mengetahui .

Sebab tu gadis tu kadang  rasa useless bah menangis sebab benda itu.
Tapi dia bersyukur at least dia masih dapat nanges tandanya hati dia masih lembut.

Tapi suatu hari, sahabat karib dia sharing dengan gadis itu.

“ Farah, saya faham perasaan awak. Tapi awak tahu tak benda yang kita suka tak semestinya baik untuk kita, tau? Mungkin awak rasa si dia itu memang sudah menjadi yang terbaik , berupaya menjadi suami yang terbaik untuk awak but then Allah lebih mengetahui, sayang. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita."

Gadis itu terkedu sebentar. Terdiam. Mencari kekuatan sebentar.

Benar apa yang dikatakan sahabatnya itu. Sudah dinyatakan oleh Allah dalam surah Al Baqarah ayat 216. 

Gadis itu tersenyum. Buat apa dia harus bersedih? 
Allah ada untuknya. Allah tahu apa yang terbaik. Dia percaya. La Tahzan.
 Allah simpan seseorang yang special untuk dirinya. 
Mungkin lelaki yang dicintainya itu merupakan jodohnya dan mungkin juga tidak.

 Gadis itu tahu kenyataan tidak selalunya manis.
Namun PASTINYA Surga itu tersangat manis.

“ Aku takkan pernah berhenti berdoa kerana doa itu senjata” Bisik hatinya.

Gadis itu tersenyum .

Well everything needs time to recover.

Tapi kali ini biarlah dia cukupkan dirinya dengan cinta Allah.
Kerana cinta pada Allah akan membuahkan cinta pada yang lain.
Siyess .

Dan dia yakin Allah akan makbulkan doanya yang terbaik untuk dirinya.

Fokus pada matlamat.

Masih banyak jiwa di luar sana perlukan tarbiyah dan dakwah.
Termasuk hati gadis itu sendiri.
Dan perlu terima hakikat, gadis itu manusia biasa.
Akan tiba saatnya dia jatuh cinta dan berharap.
Namun lebih indah andai harapan itu disandarkan padaNYA .







Monday, May 12, 2014

Sayonara Jahiliyah

Assalammualaikum hosem people outside.
Yeah.

Roger and out.
Hari nei topik kita ialah " Sayonara Jahiliyah " or dalam kata lain Bye Bye Jahiliah.

Sayonara Jahiliyah ialah 
suatu nama program yang osem lagi kool yang dianjurkan oleh IKRAM.

So, nak diceritakan pada pagi Ahad bersamaan Hari Ibu bersamaan dengan 11 MEI 2014 .
Kami ada menghadiri Program Sayonara Jahiliyah Anjuran IKRAMTeens Sibu .

Nak diceritakan di sini memang tersangatlah seronok jumpa akhowat akhowat osem dari Sibu 
,Sarikei dan Bintangor. Waktu berjumpa dengan mereka, yang tak kenal pun menjadi kenal bila chipika chipiki berlangsung . 

Memang hosem habess . Terasa nikmat ukhuwah di situ.

Lepas minum pagi selesai, kami diarahkan untuk tutup mata dengan kain hitam.

" Apa? Tutup guna kain hitam. Ceh, Feel like NINJA TURTLE . Watchaa " 
Word nei terlintas di fikiran. Seriesslyyyyy .

Lepas tu kami disuruh memegang benda yang kami tak dapat tengok apa bendanya tuu .
Mula-mula dua tiga stage pertama memang benda alah semuaaa .
Ada yang menjerit sebab " ULAT Comel " bergerak gerak atas tangan mereka.

Rasanya semua tahu kot ulat comel yang gemuk alaaa marshmalowww lembut tuu .

Sampai ada yang ambik dan nak makan. Huh . 
Nasib tak makan teruihh sebab kak naqibah halang.

Lepas tu dua tiga stage yang terakhir dapat benda yang best best jer.
Dapat pegang patung teddy bear yang comel.
Makan kuih bahulu yang sedap. 
Seriusly. Rasa tak cukup satu suapan Kak Rahmah hehe. 
Rasa nak sejuta suapan . Eh. Hiperbola betul.

Then lastly kena sembur dengan perfume yang wangi sangat - sangat.
Alhamdulillah.

Rasa baru keluar dari bilik yang jual bunga ros.

Actually ada ibrah atau pengajaran yang nak dishare dari permainan nei. 
Mula dua tiga stage yang pertama tu memang susah. 
Kena pegang ulatlah, kena makan dan pegang cililah sampai naik pedih mata hamba, 
then lastly dapat yang indah, yang sedap like bahulu dan wangi . Hmm indahkan.

Perfume tu diumpamakan sebagai syurga.

Untuk dapatkan syurga, kita kena lalui stage yang sebelumnya yang amat susah.

Onak , duri, gergaji . Eh .

Dan apa-apa lagi yang digunakan untuk mendeskripsikan kesusahan dalam perjuangan.
Itu perlu kita lalui sebelum sampai ke tahap tertinggi.
Sebelum kita kembali ke tempat asal kita , yakni surgaaa <3

Bukan mudah . 
Dan untuk menjadikannya mudah, yang perlu dibuang ialah jahiliyah. 
Dan membuang jahiliyah juga bukan mudah. 
Jahiliyah ibarat magnet . Sentiasa menarik-narik kita mengikutinya.

That's why during seorang kakak yang osem lagi kool dari 
New Zealand sharing this word with us .

" Tarikan iman umpama menaiki tangga, tarikan jahiliyah umpama menuruni tangga. "

Yes truly .
Bukan senang nak naik tangga. Tapi turun senang saja.
Hanya yang benar-benar mahu berubah akan berjaya.

By the way, sharing dari Kak Shakira memanglah osem dan best.
Can I say something about her?

She's rock .
Muslimah yang ranggi dan kool. Relax jer dia.


Gambar sewaktu Kak Syakira Ismail share tentang " Sayonara Jahiliyah" pada kami.

Picture : Credit to IKRAMTeens Sibu 


Antara wajah yang hadir ke Program Tersebut. 
Hadek hadek Bintangor.

Woah ini paling osem tentang ukhuwah . 
Sebenarnya bukan nei sahaja. Banyak lagi .
But untuk hadek - hadek yang baru , tentu excited pasal nei.
Nahh , siap Kak Fatini ambik gambar lagi sebab excited .



Kesayangan hamba <3

Lepas selesai sharing, Kak Syakira terus berangkat nak balik ke Kapit
 sebab dia seorang guru di sebuah sekolah di pedalaman Kapit.
 See, pengorbanan seorang da'ie , sanggup meredah sungai yang arusnya deras selama 3 jam
 dari kapit untuk ke sibu semata- mata nak beri sharing dekat hadek-hadek. 
Kalau kita, mampukah? InshaaAllah .

After that, we have a task. LDK , Latihan Dalam Kumpulan.

Kami dipecahkan kepada tiga kumpulan dan diberi masa 15 minit 
untuk mempersembahkan sebuah lakonan.
Memang hosem.

Saya satu group dengan kakak- kakak nurse dan adik - adik junior.
Tapi umur lebih kurang sebaya jaaaa sebenarnya. Dua tiga tahun lebih tua jaa.

Alhamdulillah, memang berkesan pengisiannya.
Dan semoga terus dijadikan tauladan dalam kehidupan kita.

InshaaAllah kalau ada lagi next program, saya hapdate . 

Assalammualaikum . 

Friday, May 2, 2014

Alah bisa Tegal biasa

Assalammualaikum kesayangan .

Selamat pagi .

Another day start again . 

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan 
diberi peluang untuk bermimpi suatu yang indah semalam . Eh .

Dalam hidup kita , sehingga hari ini beribu kali kita tersungkur.
Yes. Saya sangat pasti dengan itu.
Kita bangkit lagi dan kemudian tersungkur lagi.
Bangkit dan jatuh lagi.

Itu lumrah.
Tiada manusia yang terlepas dari situasi seumpama itu.
Waima sebaik atau sejahat mana pun seseorang itu
Pasti hidup dia akan ada onak duri , hidupnya pasti akan berulam resah. 

Ceh , ayat.

Antara yang paling kita selalu terima
ialah dugaan daripada orang di sekeliling.
Fitnah, umpatan, kata kejian , kata cacian, kata hinaan , kata nista
Dilemparkan pada diri.

Saat mak cik - mak cik berkumpul di tepi tangga
Dan seterusnya menjalankan " projek " mereka di situ 
Sampai mereka digelar ahli mesyuarat tingkap 
sebab berita yang baru berlaku begitu pantas tersebar
Mengalahkan wifi mak cik restoran lajunya.

Husnuzon . 
Mungkin mereka tengah membincangkan tentang palestin dan Mesir.
*Sambil kelip - kelip mata.

Umpatan, hinaan, fitnah, kejian, dan cacian.
Mula-mula kita menghadapinya
Pasti berasa tertekan .
Rasa nak lempang jaa orang tu saat tu jugak.
Rasa nak masukkan dia dalam peti ais ikan bapak pun ada.

Tapi siapalah kita untuk menghukum.
Bukankah memaafkan dan mendoakan itu lebih baik?

Dan percayalah " Alah Bisa Tegal Biasa "

Saat kita sudah terbiasa melalui situasi seperti ini
Saya percaya anda akan menjadi lali mendengar cacian dan makian mereka
Sehingga anda boleh tersenyum dan buat muka innocent
Bila mendengar kata hinaan mereka 

" Sesungguhnya kata celaan mereka itu berbalik pada diri mereka sendiri "

Dan dalam masa yang sama
Mereka sedang transfer pahala free pada kita
Osem kan?

Tersangat osem.

Alah bisa tegal biasa.
Mungkin hati akan sedikit terkilan but don't worry.
Ingat, orang yang menyibukkan dirinya dengan kebaikan
Takkan pernah ada masa untuk melihat keburukan orang lain.

Kita masih ada terlalu banyak tanggungjawab untuk digalas
Berbanding mempedulikan mereka yang tidak sukakan kita
Jika hidup hanya untuk menghiraukan orang yang membenci
Anda sendiri tidak akan dapat teruskan hidup kerana cakna soal itu

Mereka sebenarnya suka melihat anda jatuh.

Itulah yang mereka inginkan.

Biarkan mereka.
Teruskan hidup anda dengan tanggungjawab kita.
Sebagai hamba dan khalifah

Masih banyak jiwa yang perlu disuburkan dengan tarbiyah
Masih banyak jiwa yang perlu dipererat
Dan apa salahnya berdoa
Supaya orang yang membenci kita itu
Diberikan hidayah untuk mengikuti jalan ini
Untuk ikut usrah ?

Doakan yang baik untuk mereka.
Malaikat akan doakan yang sama untuk kita.


" Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia"

Yakinlah Allah sentiasa ada denganmu .
Teruskan perjalanan kita nei.
Masih panjang.

Doakan yang baik-baik untuk sang pembenci.
Yakinlah " Alah bisa tegal biasa "

*Kelip - kelip mata





Saturday, April 26, 2014

Wujudkah kebetulan?

Assalammualaikum .

Tak jawab dosa , jawab sayang <3

Hari nei hari Sabtu tetapi walaupun hari Sabtu, saya tetap ke sekolah because sekolah kita ada sekolah ganti. Tapi tak belajar pun sebab pelajar Form 6 ada bengkel Pengajian Am dan Bahasa Melayu.

Okay.

Hari nei terdetik di hati nak cerita pasal unexpected things that happen in our life.

Yeah,

That's it .

Terlalu banyak perkara yang tidak dijangka berlaku dalam hidup kita.

Banyak sangat sampai ada sebilangannya kita tidak perasan .

And sebahagian daripada kita mengatakan, itu semua hanya kebetulan.

Kebetulan?

Kebetulan tidak pernah wujud dalam hidup ini.
Semua yang terjadi adalah dengan izin Allah.
Tiada mungkin sesuatu itu terjadi dengan sia-sia.
Seperti Encik Cicakman yang mengejar Encik Tebuan. Eh.

Jika yang terjadi itu musibah, sudah pasti kita dapat mempelajari sesuatu.
Jika yang terjadi itu kebahagiaan, sudah pasti kita belajar untuk bersyukur.
Dan sentiasa menggunakan kebahagiaan itu demi redha Allah.

" Jika saya diushaa oleh Encik Choi Min Ho pulak ,cam mana ek Cik FL? "
Cik Limah bertanya sambil kelip - kelip mata.

Ehem.

Biar betul?

Ke propa jer lebih wahai Cik Limah?

*Dushh ! Kena baling dengan anak kambing Pak Cik Leman, jiran sebelah rumah.

Uhuk uhuk ( Kih Kih kih ) *Gelak innocent dengan muka selamba Sin Chan.

Jika kamu dipikat oleh lelaki wahai muslimahku sayang , mahal kan dirimu.
Bukan sengaja Allah hadirkan *lelaki buaya seperti itu,
Sengaja Allah mahu mendugamu
Sejauh mana kamu dapat mempertahankan cintamu
Dan berpegang pada kalam cinta Allah dalam mempertahankan kesucian
Untuk suamimu nanti.

Takkan kita nak suami kita dapat cinta yang secondhand kan?
Lebih-lebih lagi jika melibatkan maruah seorang wanita.
Mahal tersangat mahal.

Adakah kebetulan di situ?
Tidak, sayang !
Itu takdir Allah.
kehidupan yang telah dirancang oleh Allah.
Sunnahtullah :')

Ada juga di mana Cik Teratai acapkali bertembung dengan Encik Kordi.
Di mana- mana asyik bertembung.
Sehingga naik hairan.

Akhirnya, rupanya Encik Kordi itu bakal suami Cik Teratai.

Ada juga kisah Cik Mawar yang menyimpan cinta dalam diam.
Tidak pernah diluah pada sesiapa.
Akhirnya dia bertemu jodoh dengan lelaki yang dicintai.

Kebetulankah perasaan cinta yang wujud itu?
Tidak.

Ada pula kisah sekumpulan akhowat yang ditakdirkan Allah untuk menyambung pelajaran di Tingkatan Enam. Waima pada mulanya tidak seorang pun antara mereka yang bercadang begitu. Namun tidak disangka, hadirnya mereka di situ menyuburkan benih tarbiyah dan dakwah di sekolah tersebut. Mereka jatuh cinta dengan sekolah itu dan berat hati hendak meninggalkannya  :')

Adakah kebetulan mereka masuk ke sekolah itu sebagai pelajar Tingkatan Enam?
Tidak.

Allah jadikan sesuatu itu terjadi pasti bersebab.

Pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Lama-kelamaan hikmah itu akan menjelma.
Dan waktu itulah kita amat bersyukur atas segalanya.
Jadi ingat ya sahabat,
kebetulan tidak pernah ada dalam hidup kita.
Ada "DIA" yang mengatur semuanya.

Istilah kebetulan Tak Pernah Wujud dalam hidup orang Islam :')









Friday, April 25, 2014

Pejuang kuat umpama Superman?

Assalammualaikum .

Jumaat yang indah dan semoga Jumaat yang mendatang terus penuh barakah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Petang tadi saya berBuGem ( Short term for berbulatan gembira) dengan hadek-hadek di masjid dan sharing ilmu sesama mereka. Sampai ke suatu sesi, ada hadek usrah meluah masalah pada saya. Dan saya juga minta komentar hadek usrah yang lain, manakan tidak, sesama mereka yang bergelar usrahmate sepatutnya ada keserasian dan saling berlapang dada menerima antara satu sama lain. Jika tidak, bumi kan runtuh , laut kan bergelora . Eh. hiperbola sungguh gaya bahasa nya.

Hadek - hadek bulatan gembira ini baru saja bermula berbulatan.

Bersama mereka sungguh menggembirakan.

Jiwa yang mati ini terasa hidup .

Segar ibarat daun hijau yang tumbuh menjalar. Ewah. Bahasa.

Namun seperti biasa, masalah memang sentiasa wujud dalam hidup manusia.

Apatah lagi bagi mereka yang berjuang di jalan ini, waima kita ini ialah seorang pelajar yang sering tidak menyiapkan kerja rumah, seorang kakak yang suka membuli adik-adik dengan mencopet keropok ketam mereka atau seorang anak yang sering tidak mendengar kata ibu bapa, apabila kita sudah memilih jalan dakwah dan tarbiyah ini, tanggungjawab sudah dipikul di bahu.

Namun jangan bimbang hadek yang osem,

Sayangku
Hadekku
Chentaku

Kalian lebih hebat dari superman yang diagungkan dalam filem omputeh tu.
Kalian lebih hebat dari Encik Harry Potter bersama Hermione Granger dan Ron Weasly.
Kalian lebih hebat daripada Power Rangers yang jelas sekali nampak plastik. Eh.
Kalian lebih hebat dari Encik Zombi . eh . Apa kaitan?

Kalian hebat.
Percayalah hadek.
Watak - watak itu hanyalah sekadar di dalam filem semata.

Tapi kalian menempuhinya di dunia realiti.
Itu tandanya kalian hebat.
Encik Superman pun belum tentu mampu untuk terus menyeru ke arah kebaikan sampai ke hujung nyawa.

Masalah yang ada itu, jadikan sebagai pelakar kekuatan.
Orang bijak berkata, masalah itu sumber kekuatan.
Kerana dari masalah, mereka akan menemui kekuatan dan kekuatan itu sudah pasti dari Allah.

Itu sudah pasti.

Percayalah.
Jika kalian kata kekuatan itu datang dari boyfriend dan gelpren , itu hanya sementara.
Kekuatan abadi, datang dari hati yang tidak jauh dari DIA.
Allah :')

Hadekku,
Jika manusia lain menghalangmu dari dakwah,
Menghalangmu dari tarbiyah
Menghalangmu dari ikut jalan kebaikan dan usrah
Mantapkan hatimu.
Yakinlah pada janjiNya.

Mereka pasti akan terus menghentammu.

" Kau nei kerja rumah pun tak siap, bagaimana nak jadi pendakwah?"

Dan akan terus mencari kesalahanmu?

" Kata orang dakwah, orang usrah tapi layan cerita korea ."

Tahu kenapa?

Kerana mereka sering terlupa,
Orang dakwah yang mereka sebutkan itu
Orang usrah yang mereka sebutkan itu
adalah manusia seperti mereka .

Ya, tetap manusia .
Bukan malaikat.

Doakan Mak Cik hidayah menyapa mereka.
Siapa tahu kan?

Hadek,
Jangan putus asa
Jalan ini perlukanmu
Usahakan sebaiknya untuk jalan ini

:')

I know all of you can do it

Untuk hadek-hadek usrahh :')
You are one hundred percent more better than superman .



Tuesday, April 1, 2014

Ketamadunan Cinta Nan Agung

Di bawah sosok keperibadian mulia Nabi Muhammad, aku merasa begitu rendah diri. Siapalah aku jika dibandingkan dengan manusia yang terpilih menjadi RasulNya yakni Muhammad, penyinar seri buana. Akhlaknya meluluhkan hati yang sekeras batu bahkan mungkin hati yang lebih keras dari batu. Aku merasa begitu rendah diri. Rasulullah bersungguh-sungguh dalam mengagungkan cintaNya tetapi aku, kadang tanpa ku sedari hidup di bawah bayang cinta manusia yang saling berkejaran dalam ruang minda. Cinta manusia yang saling menghantui sehingga menyebabkan kekecewaan dan kesengsaraan, dan zarah-zarah cinta itu seolah-olah berlari – lari di dalam minda sehingga terlukis dalam gambaran minda suatu angan-angan yang sungguh indah dan menyenangkan jiwa. Walaupun realitinya zarah cinta itu hanya dipengaruhi hawa nafsu yang tidak pernah putus asa menebarkan virusnya sehingga manusia terusan mendamba cinta manusia. Manusia lain di luar sana seperti aku, mungkin dalam sedar atau tidak, mereka hanya membiarkan virus agungkan cinta manusia itu menular sehingga ia menjadi barah yang akan bernanah dan menjadi penghalang  dalam menggapai  ketamadunan cinta yang agung, hakiki dan suci iaitu cinta Allah yang abadi.  Ramai yang berbangga dapat memiliki cinta yang mereka idamkan, kononnya mereka berjaya meraih kebahagiaan yang diimpikan. Lupakah mereka kepada Sang Pemilik Cinta sebenar? Saat Sang Pemilik Cinta dilupakan, cinta yang lain tidak akan membuahkan kebahagiaan yang abadi bahkan ditekankan di sini, cinta manusia itu bersifat sementara. Takkan mampu menandingi cintaNya yang agung. 

Dalam meraih cinta nan Agung itu, kita belajar untuk mencintai makhluk ciptaanNya dengan semata-mata kerana Allah. Hanya untuk mengharap redhaNya. 

Dalam harapan yang menggunung untuk mendapatkan cinta insan yang kita ingin sekali miliki, kita sering terlupa untuk meletakkan cinta akan seseorang itu kerana Allah. Cintakan sahabat kerana Allah. Analogi mudah saya hidangkan buat renungan kalian yang membaca. Ada dua orang sahabat. Bolehlah juga dikatakan sahabat, atau lebih tepat rakan sekelas. Sebelum mereka berdua terlibat dalam usrah, mereka berdua boleh dikatakan tidak berapa baik hubungan dan agak renggang. Namun setelah ikut usrah, dan faham kenapa kita mesti mencintai suatu makhluk kerana Allah, hubungan keduanya bertambah baik bahkan menjadi sahabat karib sehingga kini. Di sini, kita dapat melihat, hubungan antara manusia yang berlandaskan mengharapkan redha Allah dan mengikut aturan sunnah dan kitabNya, mengalami mobiliti yang positif dan inshaaAllah akan kekal baik sampai bila-bila. 

Renungkan andainya kita berjaya bersama dengan orang yang kita cintai tetapi si dia tidak menunaikan solat, panas baran, menjadi suami yang bermata keranjang bagi yang perempuan, dan mendapat isteri yang kaki kikis bagi yang lelaki dan pasangan kita itu tidak mampu bersama dengan kita ketika susah, apakah itu namanya bahagia?

Mungkin si fulan menikah dengan si dia ini kerana dia cantik, berpendidikan tinggi dan menjadi rebutan ramai jejaka. Dan si perempuan ini menikah dengan si fulan ini kerana dia hangshem *handsome* ,kaya , berduit dan ada rumah banglo 100 tingkat. 

Adakah dijamin hidup mereka bahagia hanya dengan sebab-sebab itu? Tanpa meletakkan Allah sebagai keutamaan dalam mencari pasangan?

Nabi Muhammad ada berkata , kahwinilah seseorang itu kerana agamanya, nescaya kau akan bahagia.

Di sini kita dapat melihat atas sebab apa seseorang itu patut dicintai.

Bukan sahaja dalam mencari pasangan, begitu juga dalam kita mencintai sahabat dan keluarga. Letakkan Allah di tempat yang utama. InshaaAllah, dunia ini hanya seperti sebuah perjalanan bagi kita, di akhirat sana kita kan bersama dengan mereka yang kita cintai semata kerana Allah. 


Wednesday, March 19, 2014

When All things going wrong

Assalammualaikum

Selamat petang yang kehujanan di Bumi Kenyalang ini.

Long time no see my belog.

Atas sebab tertentu memang sudah lama belog ini tidak dapat di hapdate

But hari ini dengan semangat yang berkobar kerana habisnya exaamm, saya dengan rela hati nak hapdate belog saya agar ia tidak berdebu tidak ditelan masa .

Eh Sungguh Hiperbola di situ.

Pernah tak rasa di mana ada satu hari semuanya serba tak kena?

Dari pagi hingga malam, semuanya tak kena.

Analoginya mudah, sudahlah dalam satu hari tu kena marah mak sebab baju kotor and then pada hari yang sama kamu dimaki oleh seseorang di khalayak ramai? Apa yang anda rasa?

Dan bila pergi kedai ais krim.

" Apek, Eskerem durian campur vanilla satu"

Raba-raba poket dan mendapati beg duit kita hilang.

Alamak.

Tentu rasa down sangat sebab dalam beg duit itu ada IC dan duit.

Dan apa yang kita buat selepas itu?

Sudah pasti mengeluh.

" Aduyai, kenapalah beg duit aku mesti hilang? Dah lama aku ngidam kek buah mempelam tu."

" Mesti kena marah mak lepas ni. Mesti Cik Leman Kordi tu copet beg duit aku."

Dan seterusnya.

Menuding jari menuduh sesiapa.

Mungkin bukan semua orang begini but yet, we have to learn something.

Ini semua dugaan dari Allah, jika perkara remeh seperti ini pun kita tidak boleh tahan diri daripada mengeluh, apatah lagi jika kita kehilangan sesuatu yang amat berharga?

Dan bila semua serba tak kena, kita salahkan Tuhan kerana Dia memberi musibah kepada kita.

Hey  kenapa salahkan Tuhan?

Adakah kita lupa kita ini hanya sekadar hamba?

Dan kita hidup bukan untuk suka- suka?

Sakit, hilang barang yang amat berharga , itu semua dugaan. Dan kita harus cekal dan sabar menempuhinya.

Cubalah berbisik pada hatimu, kawan.

" Allah sayangkan aku, kerana itu Dia menguji aku. Dia rindukan tangisan sayuku saat pertiga malam."

Kerana hanya dengan musibah dan ujian itu

Kau akan tahu imanmu menaik atau menurun.

P/S : Kadang-kadang kita kena muhasabah diri, mungkin ini kifarah dosa. Allah sedang menebus dosa kita dengan memberi kita ujian. Bersabarlah.


Monday, February 17, 2014

Hanya sekeping gambar biasa?

Assalammualaikum.

Malam ini saya rasa nak beli bingkai gambar berpuluh-puluh biji untuk membingkaikan gambar kesayangan hamba di rumah.

Eleh. Sekadar gambar tu update dalam facebook cukuplah. Nak bingkai pulak. Membazir duit saja nak beli frame picture.

Ehem ukhti dan akhi.

Mohon Celahan sebentar.

Update dalam facebook dan bingkaikan gambar, kemudian letak di sudut meja tempat hamba belajar, itu adalah dua perkara yang sangat berbeza. Bila kita letak gambar dalam facebook, kita memang berkongsi dengan semua orang. Apa orang kata? Biarlah gambar berbicara tatkala bibir diam menyepi. Che wah. Sastera yang ada unsur personifikasi. Ehem.

Tapi.

Bukan semua gambar kita boleh berkongsi dengan orang lain.

Misalnya gambar yang benar-benar ada makna bagi kita ( Eceh, sentimental lah pulak perempuan ni -.- )

Saya sendiri tidak menafikan saya punya gambar sendiri bersama kawan-kawan yang tidak saya muat naik ke laman sosial. Dan gambar itu sangat bermakna bagi saya. Bukan saya kata gambar yang saya letak dalam facebook itu tidak berharga buat saya, ia berharga namun tentu orang naik bosan tengok saya upload gambar. Lagipun terlalu banyak gambar di laman sosial bahaya jugak, mengundang pelbagai jenis bahaya.

Petang tadi saya cuci beberapa keping gambar dan berhasrat hendak membingkaikannya.

Namun, frame zaman sekarang amatlah mahal.

Kasihan dompet hamba akan menjadi semakin nipis dibuatnya. 

Jadi saya mula berikhtiar perkara lain, ronda-ronda satu rumah.

Saya jumpa kad manila, double-tep, kertas warna-warni, dan kotak.

Muehehehehe. Akal mula berjalan.

Saya cari gunting dan kotak yang tidak diguna.

Dan saya cari reben warna pink kegemaran adik perempuan saya.

Ehem. 

Projek menyiapkan frame buatan sendiri bermula.

Tanpa sebarang rujukan dan tutorial, saya berusaha siapkannya dan akhirnya.

Ianya berhasil ( dalam nada suara nobita setelah selesai mencuba alat doraemon)



It's done . 



Pandangan dari sudut tepi. 



Rupanya lebih osem kita buat sesuatu dengan hasil tangan kita sendiri.

Kita menjadi lebih menghargainya dan akan makan hati saat ada orang memusnahkannya. ( mesti letak warning signboard supaya adik-adik tak ganggu)

Bersusah payah hanya untuk sekeping gambar biasa?

Mungkin itu kerja gila bagi sesetengah orang tetapi untuk saya, saya tahu nilainya.

Hanya gambar tertentu yang akan saya letakkan di hasil kerja saya itu.

Osem frame for osem picture.

So, mungkin lepas ini anda boleh mencuba untuk jimatkan bajet membeli frame.

Boleh jaa tambah hiasan ikut kreativiti anda.

Okay set?

Good . 

Sunday, February 16, 2014

Dugaan ketika Study Melemahkan?

Assalammualaikum.

Hari Ahad yang dihabiskan di hadapan lappy tercinta untuk menghabiskan assignment dan kertas kerja program yang harus dihantar esok iaitu pada Hari Isnin. Esok pula kelas kami ada speaking MUET pada sebelah pagi sesi sebelum rehat dan esok result STPM Penggal Pertama keluar .

Dup Dap Dup Dap .

Jantungku berdegup kian laju. Kadar jantung berdegup meningkat menjelang beberapa jam lagi keputusan STPM Penggal 1 keluar. Fuhh, beginikah rasanya menunggu orang masuk meminang? Eh . 

Harapan untuk result pada Pengal 1 ini tidaklah setinggi mencecah awan yang biru di langit nan luas. 

Sungguh Hiperbola gaya bahasanya namun terimalah kenyataan hamba pelajar Kesusasteraan Melayu. 

Muehehehe ( gelak jahat )

Saat ini tidak dinafikan jantung sedang mengepam darah dengan laju seluruh cabang dan saluran dalam badan. Sadis sungguh bahasa hamba. Ini menandakan saya sangat takut memikirkan keputusan. Serius, baru saat ini debarannya dirasakan sedangkan orang lain seminggu sebelum result keluar dah bingung. 

Okay kita sudah keluar dari tajuk sebenar nampaknya.

Ehem. Betul ke dugaan ketika kita masih belajar ini melemahkan? 

Jawapannya bergantung pada diri individu itu sendiri. 

Bagi Encik Harry Potter bersama Hermione Granger dan Ron Weasly, tentu ia agak mencabar sebab waktu mereka study di Hogwarts mereka terpaksa bertarung dengan ahli sihir jahat yang hendak memusnahkan manusia.

Tapi itu khayalan semata. Hanya di dalam filem sahaja.

Bagi saya sendiri misalnya, kadang-kadang dugaan itu datang dari sudut yang kita tidak duga. Yang kita tidak jangka. Misalnya dari aspek persahabatan, pergaulan dan juga dari aspek hubungan kita dengan guru yang mengajar.

Dari aspek persahabatan, misalnya ada pihak ketiga yang cuba menganggu hubungan persahabatan sehingga menyebabkan kita dan sahabat itu tidak sehati sejiwa lagi. Padahal kita berdua berada di kelas yang sama dan ini akan menyebabkan timbulnya suatu masalah yang seterusnya akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi tidak selesa.

Masalah ini seterusnya akan memberi kesan kepada guru yang mengajar. Misalnya jika dua sahabat yang bermasam muka tadi disuruh bekerjasama dalam satu kumpulan, pasti mereka enggan dan ini seterusnya akan memberi tekanan pada pelajar lain dan guru yang mengajar. Dalam masa yang sama, turut menganggu proses pembelajaran.

Seterusnya, masalah tidak menyiapkan kerja rumah. Inikah dugaan? Dugaannya ialah kerja rumah dan assignment yang bertimbun menunggu giliran untuk disiapkan sehingga ada yang nak berhenti sekolah gara-garanya. Form Six misalnya, hanya memiliki masa yang terhad untuk menyiapkan assignment. Tetapi itu sebenarnya tidak menjadi masalah yang besar actually. Asalkan kita pandai uruskan masa, pasti akan dapat siap dalam tempoh yang diberi guru. 

Itu belum termasuk dugaan apabila kita menjawat jawatan tinggi dalam mana-mana organisasi di sekolah mahupun di universiti. Setuju atau tidak, saya katakan bahawa bila kita memegang jawatan yang tinggi, kita tidak boleh elak orang untuk tidak suka kepada kita. Kita tidak boleh halang perasaan hasad dengki untuk tumbuh menjelma berakar umbi di hati orang walaupun sebenarnya kita tiada masalah dengan orang itu.

Setuju . 

Itu satu lagi masalah apabila orang yang berhasad pada kita cuba untuk menjatuhkan walau dengan berbagai cara sekalipun termasuk mempengaruhi para guru atau pensyarah untuk turut tidak menyukai kita.Tetapi jangan khuatir, Allah kan ada. " Takkan sama kebaikan dengan kejahatan" Allah telah kata begitu.

Dan kita tidak boleh halang diri dari memikirkannya.

" Salah apa yang aku buat kat Saodah tu sampai dia buat aku macam tu sekali ? " Ujar Munah sambil termenung sendiri. Mulutnya menguyah keropok Mamee Monster. 

Seterusnya, dugaan dari aspek perasaan cinta. Eceh. Part ini mesti banyak orang pernah alami punya.

Saat si jejaka tampan berkata saya cintakan awak, lantas hati kita pun melting segala dan terlupa bahawa kita punya tanggungjawab yang lebih besar dari itu untuk datang ke sekolah. Niat untuk belajar bertukar jadi niat datang ke sekolah jumpa Encik G Dragon yang hensem seperti anak kucing di rumah saya. Eh.

Niat bertukar jadi niat nak dating.

" Sehari tak jumpa ku bisa mati kebulur " Cik Maimon merintih sayu .

Ehem Cik Maimon.

Sebelum Cik Maimon jumpa si dia, Cik Maimon elok jer hidup dan terus bernafas.

Cik Maimon marah dan naik angin.

Dushh !

Kena baling dengan pencilcase Crayon Sin Chan warna pink. 

Hew hew hew

Sebenarnya ramai yang tak perasan perasaan cinta itu pun dugaan ketika kita masih study.

Jadi sekarang molek-molek baca dan ingat ya. 

Okay antara dugaan tersebut ; dugaan kerja rumah bertimbun dan assignment berlambak, dugaan orang tak suka dan dengki, dugaan ada batu api dalam persahabatan, dugaan dengan guru atau pensyarah atau dugaan dalam memanipulasikan perasaan cinta pada waktu yang sesuai. Eh. Hiperbola lagi bunyinya.

Ehem ehem.

Apapun dugaannya.

Mohon kuatkan hati, ingat Allah ada bersama.

P/S : Degupan hati semakin laju menunggu jam 12 tengah malam ibarat jasad jatuh melayang seperti superman dari helikopter. Fuhhh . 






Menangis itu seperti menikmati Eskrem Cornetto

Assalammualaikum.

Hari ini saya nak menulis pasal menangis.

Eh biasa saja tajuk entry you tu. Menangis saja pun.

Ehem. Memang biasa sebab ianya memang biasa. -.-

Kita rasa menangis itu perkara biasa sebab kita selalu melakukannya. Kita menangis dan kemudian selepas puas, kita kesat air mata yang mengalir. Ada tak kita mengambil ibrah yang kita dapat dari tangisan kita tadi?Kenapa saya katakan menangis itu seperti menikmati ais krim Cornetto yang sedap lagi menaikkan selera perut yang sudah berkeroncong ?

Saat anda dimarahi ibu bapa anda, anda berlari masuk ke dalam bilik dan menangis.

Dan kemudian keesokannya kembali seperti biasa selepas menangis puas-puas.

Saat orang yang kita suka dan minati dalam diam rupanya sukakan orang lain

kita menangis tengah malam atau sebelum tidur supaya tak ada orang tahu kita menangis.

Saat Cik Hermione Granger menangis kerana Encik Ronald Weasly tidak perasan akan perasaan cintanya pada jejaka berambut merah itu . Eh . Hiperbola sudah ini.

Atau keputusan ujian kita keluar dan ianya tak seperti yang diharapkan,

Kita pun menangis.

Apa yang kita dapat setelah menangis?

Kepuasan.

Yang itu sudah pasti.

Kemudian kita akan dapat ketenangan semula, kita akan mendapat keberanian semula untuk berhadapan dengan kehidupan kita selepas itu. Orang yang tidak menangis, hatinya keras. Dan hati yang keras amat berbahaya.

Saat kita mendengar cerita Rasulullah ketika kewafatannya.

Kita menangis.

Saat kita kehilangan sahabat yang kita sayangi.

Kita menangis.

Saat kita mendengar keperitan saudara kita di Mesir, Syria dan Palestin.

Kita menangis.

Itu maknanya hati kita masih hidup. Masih mampu tersentuh dengan keadaan yang memerlukan kita untuk menangis. Ada sesetengah orang berasa malu untuk menangis. Sebenarnya menangis itu tidak melambangkan seseorang itu lemah, menangis itu adalah cara kita meluahkan apabila kata-kata sudah tidak mampu dilafazkan. 

Abu Bakar As Siddiq menangis ketika beliau mengetahui Nabi Muhammad akan meninggalkan dunia setelah tamat tugasnya menyampaikan wahyu Allah.

Umar yang terkenal dengan sifat garang dan tegas juga menangis.

Ali turut menangis.

Bahkan Rasulullah sendiri menangis mengenangkan nasib umatnya ketika ajalnya mendekat.

Justeru, apa salahnya menangis?

Kita tidak boleh nafikan menangis itu membuatkan kita berasa nyaman.

Senyaman menikmati ais krim cornetto.

Senyaman makan coklat choki-choki dengan usrahmate.

Sebab selepas menangis kita mampu tersenyum puas dan meneruskan lembaran kehidupan seterusnya.

Bahkan air mata yang menitis kerana takutkan azab Allah, kerana menangiskan dosanya, air mata itulah yang akan menjadi saksi untuk seseorang itu di padang pengadilan sana nanti. Air mata yang menitis saat sujud kepada ilahi itulah yang amat bererti. Air mata yang menangis melihat nasib saudara Islamnya ditindas di Palestin, di saat dia hanya mampu berdoa untuk mereka, air mata itulah juga yang akan menjadi saksi, bahawa hamba Allah ini peduli akan nasib saudara seakidahnya di sana.

Orang yang menangis bukan orang yang lemah seperti yang dicanang oleh sesetengah orang.

Menangislah selagi kamu mampu menangis.

Waima kamu memaksa diri kamu menangis.

Tapi saya pesan satu perkara.

Jangan nangis di tempat yang tidak sesuai.

Misalnya menangis ketika Majlis Pembukaan Syarikat Kosmetik Terbaru.

Ehem.

Sangat kontra ya cik abang dan cik akak sekalian.

Sekali lagi .

Menangis kerana Allah, itu yang paling osem ! 

So , mulai sekarang. Jangan takut untuk mengalirkan air mata.

Itu tanda hati kamu masih hidup :') 








Saturday, February 15, 2014

Muslimah dipikat ?

Assalammualaikum .

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.

Hari yang dimanfaatkan untuk beronline dan siapkan apa yang patut.

Ada baca tajuk entry di atas ?

Muslimah dipikat.

Eh. Muslimah yang menutup aurat pun kena usha dengan lelaki jugak ke?

Ehem . Cik Puan sekalian. Muslimah itu tetap perempuan. Okay?

Cuma cara jejaka di luar sana cuba memikat si Muslimah ini berbeza dengan wanita lain.

Lebih tepat, cara yang lebih Islamik.

" Ehem. Cik adik bertudung labuh. Assalammualaikum . Tak jawab salam dosa. "

" Assalammualaikum ukhti. Ana tertarik dengan perwatakan ukhti yang solehah. Boleh kita berkenalan dengan lebih rapat ? Nak number phone boleh? "

Eh . Melampau .

Baling dengan selipar jepun hijau kesayangan.

Itulah dia antara dialog yang sering digunakan untuk memikat si Muslimah.

Namun tak kurang juga ada yang hanya berani merenung dari jauh. Dan kemudian ketika berselisih, mereka berpura-pura melanggar kita. ( Belum tengok lagi kegarangan akhowat menjelma menjadi Super Muslimah abad ke 21 ) Hew hew hew . ( Gelak jahat seperti gelak Encik Goblin dalam cerita Encik Harry Potter )

Bila dah terlanggar, pura-pura minta maaf dan cakap " Eh, tak nampak tadi!"

Sedangkan dia nampak si Muslimah kat depan. Banyak eksyen la cik Abang.

Rasa nak baling dengan meja kat ruang tamu kat rumah pun ada . Hiperbola sungguh.

Bila mereka rasa tidak berjaya memikat dan memiliki gades itu, mulalah mereka mengeluarkan frasa ayat yang sumbang dan sakit didengar oleh telinga.

" Eleh, macamlah cantik sangat. "

" Ingat diri tu solehah sangat sampai tak nak layan orang. "

Wahai Cik Abang Romeo, bukanlah muslimah ini solehah sangat tapi kami ini hanya terhad untuk orang tertentu. Kami tidak murah. Kami limited edition punya edisi. Allah sudah simpan kami untuk yang lebih berhak. Jadi tidak salah rasanya kami jaga diri kami baik-baik .

" Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. " Cik Rosalinda Ayamor menyampuk.

Amboi ! Pandai juga Cik Rosalinda kita yang cantik lagi menawan. Ehem.

Namun ada juga yang jenis lebih suka berdiam diri setelah meluah perasaan.

Dan jangann tak percaya ada yang jenis sungguh berani tahap kritikal.

This is true story . ( dalam nada Misteri Nusantara)

Si Muslimah lalu dengan rakan-rakannya .

Ada seorang pelajar satu sekolah dengannya mengucapkan selamat tengahari .

" Selamat tengah hari juga. " Si Muslimah menjawab sambil tersenyum.

" I Love you . " Pelajar lelaki itu berteriak sehingga didengari oleh pelajar lain.

Eceh. Beraninya engkau.

Memang mudah mengucap kata cinta. Buktikannya teramatlah payah.

Si Muslimah hanya tergamam, terdiam dan meneruskan perjalanan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Ish Ish ish. Budak zaman sekarang ( Dalam gaya suara nenek dan datuk membebel)

Saya yakin hampir semua muslimah menghadapi perkara yang sama walau tidak semua. Mereka pasti pernah berhadapan dengan situasi ini. Dicop sombong dan bajet bagus apabila tidak melayan permintaan jejaka romeo yang inginkan number handphone , yang mengajak berpacaran dan yang lainnya. Relax hawa, biarkan mereka melabelkan kita begitu. Mahalkan dirimu, kita kan hanya terhad kepada yang tertentu. Jangan biarkan bakal suami kita nanti dapat cinta yang secondhand daripada kita.

Jika ada yang memikat dan masih tidak berputus asa untuk berbulan lamanya .

Cakap padanya .

" Aku ada wali. "

Simple. Dan itu sudah cukup menunjukkan kita wanita yang bagaimana. Sesuai untuk dijadikan kekasih biasa  yang diusung ke sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah atau seorang isteri yang sah dalam melayari bahtera rumah tangga. 

Jika si dia benar-benar serius, dia akan pergi berjumpa si wali.

Okay. 

So, para muslimah yang cantik menawan dan osem . Ehem.

Jika dipikat, mahalkan dirimu.

Hijab itu sudah menunjukkan bahawa dirimu mempunyai benteng dari kemaksiatan.

Jangan cemarkannya.

Dipikat atau digoda, jangan lupa sematkan dalam hati " Aku Allah yang punya. Ini ujian bagiku. Aku harus tegas "

Bertegaslah di tempat yang sesuai.

Bertegas dengan lelaki romeo yang cuba menggoda.

Walaupun mukanya sehensem Zayn Malik , jangan cair dan melting segala.

Tegas . Ingat itu. 

Cinta selepas nikah itu lebih indah. Aturan Allah semuanya sempurna . 

Walau cinta itu fitrah, jangan sampai ia menjadi musibah .











Friday, February 14, 2014

Tidak setanding Sumaiyah

Assalammualaikum.

Ehem.

Sekali lagi petang yang kehujanan di bumi kenyalang.

Sehingga tiga orang akhowat terpaksa duduk bersila di hadapan kedai di tepi jalan.

Menunggu hujan reda , baru balik ke rumah.

Okay. Back to topic.

Sumaiyah. Saya pasti semua orang kenal Sumaiyah. Srikandi Islam yang melakar sejarah.

Siapa yang tak kenal sila selak buku srikandi Islam atau minta bantuan Mr Google.

Kalau malas juga nak cari, sila ketuk ketampi.

Ehem.

Jiwa saya pasti bergetar saat mendengar nama Sumaiyah disebut.

Allah, tidak akan mampu saya menjadi sepertinya apatah lagi untuk setanding dengannya.

Saat mendengar kisah Sumaiyah dan keluarganya, hati saya diruntun hiba.

Jika seorang isteri di zaman sekarang melihat suaminya diancam maut, agaknya mereka akan lakukan apa ya sekiranya mereka berada di posisi Sumaiyah? Mungkin mereka tidak akan cekal mempertahankan akidah dan iman pada Tuhan Yang Esa demi rasa kasih dan sayang pada suami dan anak tercinta. Tetapi tidak pada Sumaiyah, dia lebih yakin imannya itu melebihi segalanya. Allah yang satu tetap diutama. Suaminya mati dijerut di leher kerana taat pada agama yang dibawa Nabi Muhammad. Kemudian, Sumaiyah sendiri syahid saat dia direjam dengan lembing kerana mempertahankan imannya. Sumaiyah, syurga menunggumu di sana.

Allah :'( 

Sampai begitu sekali dia mempertahankan imannya.

Kita di sini?

Sebaliknya pula terjadi, tidak sedar iman kian terhakis demi hari.

Iman makin menipis. Bahkan hati makin berkurap , berkudis bahkan mungkin telah bernanah.

Kerana hati kita dipenuhi noda hitam, noda kemaksiatan tika melakukan kemungkaran.

Allah :'(

Tidak layak rasanya mendapat syurga tetapi gerun rasanya walau hanya untuk membayangkan neraka.

Kita memang tidak mungkin akan menjadi Sumaiyah.

Tetapi kita mampu mencontohinya. Tauladan yang hebat.

Kecekalannya sangat mengagumkan.

Ketabahannya dan keimanannya pada Janji Tuhan .

Sungguh berbekas di hati ini.

Kita memang tidak setanding Sumaiyah kerana kita tidak mengalami apa yang dilaluinya di zamannya.

Bahkan mungkin kita tidak akan mampu melaluinya.

Tetapi kita mampu menjadi Sumaiyah Milennia.

Sumaiyah yang hidup di akhir zaman .

Menyuburkan hati insan yang hauskan tarbiyah .






Thursday, February 13, 2014

Tamadun Barat yang Super Hebat?

Assalammualaikum.

Petang yang kehujanan di bumi kenyalang.

Menambahkan kelenaan tidur dan mata semakin ketat terpejam.

Eh.

Hari ini kita akan telusuri tentang sejarah. Apabila sebut sahaja sejarah, pasti dalam otak terbayang tamadun Mesir Purba dengan Firaun, atau tamadun Mesopotamia yang budak Tingkatan Empat belajar. 

Dan saat budak kecil yang berusia 7 tahun berkata 

Superman hebat.

Sebab lawan orang jahat dan selamatkan dunia.

Atau saat budak yang super dalam subjek sejarah berkata

Amerika ialah penyelamat saat perang dunia tercetus.

Dan Barat datang ke tanah melayu bukan untuk menjajah. Tetapi mereka hendak mengtamadunkan orang Melayu di Tanah Melayu. Sebab orang Melayu tidak cukup bertamadun saat itu. Eh. 

Wahai adik yang terror bab sejarah, mohon semak kesahihan kajian anda semula ya.

Jangan buat kesimpulan sesuka hati sebelum anda dibaling dengan selipar jepun warna hijau.

Kita sedia maklum bahawa sebelum kedatangan Portugis untuk menawan kota Melaka pada tahun 1511, Islam memang sudah tersebar luas di Kota Melaka. Bermula dengan Sultan Melaka sendiri yang memeluk Islam sehingga segala bala rakyatnya turut memeluk agama Islam. Justeru agama Islam menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat di Melaka. Justeru alasan untuk mengtamadunkan orang timur di Tanah Melayu adalah langsung tidak masuk akal .

Kita juga perlu tahu bahawa : 

-  Berbekalkan slogan ‘Gospel, Gold and Glory’ (Injil, Emas dan Kemasyhuran), mereka ( Barat )  mula belayar ke Timur seawal abad ke-15 .

- Kedatangan Portugis ke Timur dikaitkan dengan keinginan mereka meneruskan Perang Salib; mereka ingin menghancurkan Kerajaan Islam di Timur termasuklah Kerajaan Melaka yang terkenal sebagai Pusat Pengembangan Islam di Nusantara seterusnya menyebarkan ajaran Kristian.

- Pelayaran mereka ke Timur juga bertujuan mengaut kekayaan menerusi perdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala. 

Sebelum itu, perdagangan rempah dimonopoli pedagang Islam yang mendapatkan bekalan di Melaka sebelum menjual pada harga tinggi di Eropah. Portugis berpendapat jika mereka berjaya menguasai Selat Melaka, mereka akan berjaya mengambil alih kekayaan itu daripada pedagang Islam.

 Sumber : http://notasejarah.blogspot.com/


Dan pasal watak Amerika yang muncul sebagai penyelamat sewaktu perang dunia, kita boleh fikir secara logik. Jika benar ianya negara yang cintakan keamanan, yang cintakan keharmonian, kenapa ia tidak membantu negara Islam yang tengah bergolak? Kenapa Amerika hanya tegar melihat sahaja Umat Islam di Syria disembelih, melihat Umat Islam di Palestin ditindas dan dizalimi orang Israel? Bahkan kenapa mereka sendiri yang membantu Israel untuk melumpuhkan negara Islam? 

" Habis tu, dalam Tv kenapa Obama elok saja kata mereka bersimpati atas kekejaman yang dilakukan Bahsyar ke atas rakyat di Syria? " Soal Pak Cik Os.

Ehem. Pak cik. Dalam televisyen itu bukan boleh percaya sangat. 

Itulah pentas lakonan dunia realiti yang kita semua tak perasan. 

Media antara agen fitnah terbesar. Terutama sekali dalam mengatakan Islam itu agama pengganas. 

Ehem.

Habis ? Yang merogol wanita Islam di Palestin, yang membunuh mereka yang lemah tidak berdaya di Palestin, bukan pengganas? Mereka itulah pengganas yang sebenar. Hanya kerana media dan dunia berpihak pada mereka, tidak bererti mereka akan mampu ketawa selama-lamanya.

Akan tiba masanya mereka takut akan balasan yang dijanjikan Tuhan.

Masihkah kalian mengatakan tamadun barat itu super hebat ?

Hebat dengan teknologinya.

Hebat dengan falsafahnya.

Ehem ! 

Jangan lupa Kerajaan Islam pernah memayungi dua pertiga dunia.

Jangan lupa  tentera Islam yang dipimpin Sultan Muhammad Al Fateh pernah menawan kota Istanbul yang sebelum itu tembok pertahanannya tidak pernah ditembusi oleh mana-mana musuh.

Jangan pernah lupa tamadun Islam pernah menjadi suatu tamadun yang digeruni.

Jangan pernah lupa cendekiawan barat dan golongan bijak pandai barat sendiri mengambil ilmu dari orang Islam kerana ketinggian tamadun Islam ketika itu.

Jangan pernah lupa musuh sangat takut akan semangat jihad orang Islam sehingga Mustafa Kamal Attaturk sendiri perlu merancang dengan teliti untuk menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah yang akhirnya berakhir pada  3 Mac 1924. 

Tahu kenapa musuh sangat takut akan semangat jihad orang Islam?

Kerana musuh tahu saat orang Islam berjihad, mereka tidak takut mati bahkan rela berjuang hingga mati kerana mereka sangat mendambakan syahid. Semangat jihad mereka berkobar-kobar. Syurga terbayang di hadapan mata mereka. Seperti Bara Al Malik, saudara kandung Anas Bin Malik sangat mendambakan syahid. Dia asyik pergi berperang dan Bara merupakan seorang pahlawan dari golongan Ansar yang sangat digeruni musuh. Dia tidak takut pada mati.

Masihkah kalian mengatakan tamadun barat yang super hebat? 

Ya mungkin ia hebat dari segi teknologi.

Meriam dan senjata. Komputer dan satelit. Robot dan bom. 

Mereka ada semua itu.

Tetapi ketamadunan mereka tidak setanding dengan ketamadunan Islam dulu yang jarang sekali diceritakan dalam mana-mana buku Sejarah. Jarang sekali disiarkan dalam televisyen. Dua pertiga dunia itu bukan sedikit. 

" Dan sampai sekarang Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang tidak dapat diatasi oleh mana-mana perlembagaan bertulis lain di dunia waima Amerika sendiri tidak mampu menggubal perlembagaan yang sempurna seperti itu. " Mak Odah berkata sambil makan sirih dengan kapur.

Terhambur keluar air kelapa dari mulut.

Cayalah Mak Odah menjadi pakar sejarah. 

Tengok dulu siapa yang menggubal Piagam Madinah . Ehem.

Tak mungkin sesiapa dapat menandingi Rasulullah.

Obama apatah lagi. 

Di saat orang berkata tamadun Eropah ada itu, ada ini .

Kita jangan malu berkata Tamadun Islam ada itu dan ini.

Tamadun Islam pernah menjadi kuasa yang digeruni.

Dan kita sedang berusaha mengembalikan zaman kegemilangan itu.

Bukankah sejarah itu patut kita banggakan dan sejarah itu patut kita ambil sebagai pelajaran yang berharga?

Masihkah kalian mengatakan barat super hebat ?

Kerana adanya superman, spiderman , catwoman, Encik Hulk Hijau dan Encik Harry Potter yang syirik kerana mengamalkan sihir. Eh .

Itu hanya watak rekaan okay.

Jika mereka super super hebat , tidak akan ada masalah kes anak luar nikah terabai di sana. 

Jika mereka super hebat, tidak akan ada masalah remaja tidur bersama sebelum kahwin. Eh.  

Khalid Al- Walid, Ali bin Abi Talib, Abu Bakar As Siddiq dan Umar Al Khattab .

Mereka bukan watak rekaan.

Islam telah melahirkan pejuang seperti mereka.

Dan di zaman tamadun Islam berkuasa dahulu ,

Tidak ada orang berzina.

Tidak ada yang minum arak.

Tidak ada yang melakukan kemungkaran. 

Justeru sebagai generasi yang hidup di era modenisasi ini (macam ayat dalam esei BM jer T_T) .

Kita wajar ambil tahu tentang sejarah tamadun kita yang terdahulu agar kita tidak sesuka hati menjunjung tamadun pihak lain tanpa mengetahui tamadun Islam sendiri lebih gah.

Kalau kita tidak bersatu, mana mungkin 2/3 dunia mampu kita takluki?

Dengan penyakit umat yang semakin tenat, ianya memerlukan kita yang menyedari hakikat ini untuk menjadi penawarnya. Berhentilah mengagungkan Encik Spiderman di saat murabbi kita boleh jadi lebih osem dari dia. Encik Spiderman tidak mampu mencegah kemungkaran yang berlaku. Tetapi kita mampu.

Let's get to work, guys.

Tidak mustahil  ketamadunan  Islam yang tinggi itu kita gapai semula.

Allah telah berjanji Islam itu pasti menang.

Biarlah Allah tentukan saatnya ia kembali menerangi seri buana ini ( eceh, ayat sastera)

Kita hanya berusaha dan terus berusaha menyuburkan jiwa insan.

"  Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah  "

Walau kita tidak mampu menjadi sehebat Sumaiyah yang mati syahid mempertahankan keimanan . 

Cukuplah kita berusaha menjadi sepertinya , srikandi yang melakar sejarah .