Assalammualaikum .
Tak jawab dosa , jawab sayang <3
Hari nei hari Sabtu tetapi walaupun hari Sabtu, saya tetap ke sekolah because sekolah kita ada sekolah ganti. Tapi tak belajar pun sebab pelajar Form 6 ada bengkel Pengajian Am dan Bahasa Melayu.
Okay.
Hari nei terdetik di hati nak cerita pasal unexpected things that happen in our life.
Yeah,
That's it .
Terlalu banyak perkara yang tidak dijangka berlaku dalam hidup kita.
Banyak sangat sampai ada sebilangannya kita tidak perasan .
And sebahagian daripada kita mengatakan, itu semua hanya kebetulan.
Kebetulan?
Kebetulan tidak pernah wujud dalam hidup ini.
Semua yang terjadi adalah dengan izin Allah.
Tiada mungkin sesuatu itu terjadi dengan sia-sia.
Seperti Encik Cicakman yang mengejar Encik Tebuan. Eh.
Jika yang terjadi itu musibah, sudah pasti kita dapat mempelajari sesuatu.
Jika yang terjadi itu kebahagiaan, sudah pasti kita belajar untuk bersyukur.
Dan sentiasa menggunakan kebahagiaan itu demi redha Allah.
" Jika saya diushaa oleh Encik Choi Min Ho pulak ,cam mana ek Cik FL? "
Cik Limah bertanya sambil kelip - kelip mata.
Ehem.
Biar betul?
Ke propa jer lebih wahai Cik Limah?
*Dushh ! Kena baling dengan anak kambing Pak Cik Leman, jiran sebelah rumah.
Uhuk uhuk ( Kih Kih kih ) *Gelak innocent dengan muka selamba Sin Chan.
Jika kamu dipikat oleh lelaki wahai muslimahku sayang , mahal kan dirimu.
Bukan sengaja Allah hadirkan *lelaki buaya seperti itu,
Sengaja Allah mahu mendugamu
Sejauh mana kamu dapat mempertahankan cintamu
Dan berpegang pada kalam cinta Allah dalam mempertahankan kesucian
Untuk suamimu nanti.
Takkan kita nak suami kita dapat cinta yang secondhand kan?
Lebih-lebih lagi jika melibatkan maruah seorang wanita.
Mahal tersangat mahal.
Adakah kebetulan di situ?
Tidak, sayang !
Itu takdir Allah.
kehidupan yang telah dirancang oleh Allah.
Sunnahtullah :')
Ada juga di mana Cik Teratai acapkali bertembung dengan Encik Kordi.
Di mana- mana asyik bertembung.
Sehingga naik hairan.
Akhirnya, rupanya Encik Kordi itu bakal suami Cik Teratai.
Ada juga kisah Cik Mawar yang menyimpan cinta dalam diam.
Tidak pernah diluah pada sesiapa.
Akhirnya dia bertemu jodoh dengan lelaki yang dicintai.
Kebetulankah perasaan cinta yang wujud itu?
Tidak.
Ada pula kisah sekumpulan akhowat yang ditakdirkan Allah untuk menyambung pelajaran di Tingkatan Enam. Waima pada mulanya tidak seorang pun antara mereka yang bercadang begitu. Namun tidak disangka, hadirnya mereka di situ menyuburkan benih tarbiyah dan dakwah di sekolah tersebut. Mereka jatuh cinta dengan sekolah itu dan berat hati hendak meninggalkannya :')
Adakah kebetulan mereka masuk ke sekolah itu sebagai pelajar Tingkatan Enam?
Tidak.
Allah jadikan sesuatu itu terjadi pasti bersebab.
Pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Lama-kelamaan hikmah itu akan menjelma.
Dan waktu itulah kita amat bersyukur atas segalanya.
Jadi ingat ya sahabat,
kebetulan tidak pernah ada dalam hidup kita.
Ada "DIA" yang mengatur semuanya.
Istilah kebetulan Tak Pernah Wujud dalam hidup orang Islam :')
No comments:
Post a Comment