Monday, February 17, 2014

Hanya sekeping gambar biasa?

Assalammualaikum.

Malam ini saya rasa nak beli bingkai gambar berpuluh-puluh biji untuk membingkaikan gambar kesayangan hamba di rumah.

Eleh. Sekadar gambar tu update dalam facebook cukuplah. Nak bingkai pulak. Membazir duit saja nak beli frame picture.

Ehem ukhti dan akhi.

Mohon Celahan sebentar.

Update dalam facebook dan bingkaikan gambar, kemudian letak di sudut meja tempat hamba belajar, itu adalah dua perkara yang sangat berbeza. Bila kita letak gambar dalam facebook, kita memang berkongsi dengan semua orang. Apa orang kata? Biarlah gambar berbicara tatkala bibir diam menyepi. Che wah. Sastera yang ada unsur personifikasi. Ehem.

Tapi.

Bukan semua gambar kita boleh berkongsi dengan orang lain.

Misalnya gambar yang benar-benar ada makna bagi kita ( Eceh, sentimental lah pulak perempuan ni -.- )

Saya sendiri tidak menafikan saya punya gambar sendiri bersama kawan-kawan yang tidak saya muat naik ke laman sosial. Dan gambar itu sangat bermakna bagi saya. Bukan saya kata gambar yang saya letak dalam facebook itu tidak berharga buat saya, ia berharga namun tentu orang naik bosan tengok saya upload gambar. Lagipun terlalu banyak gambar di laman sosial bahaya jugak, mengundang pelbagai jenis bahaya.

Petang tadi saya cuci beberapa keping gambar dan berhasrat hendak membingkaikannya.

Namun, frame zaman sekarang amatlah mahal.

Kasihan dompet hamba akan menjadi semakin nipis dibuatnya. 

Jadi saya mula berikhtiar perkara lain, ronda-ronda satu rumah.

Saya jumpa kad manila, double-tep, kertas warna-warni, dan kotak.

Muehehehehe. Akal mula berjalan.

Saya cari gunting dan kotak yang tidak diguna.

Dan saya cari reben warna pink kegemaran adik perempuan saya.

Ehem. 

Projek menyiapkan frame buatan sendiri bermula.

Tanpa sebarang rujukan dan tutorial, saya berusaha siapkannya dan akhirnya.

Ianya berhasil ( dalam nada suara nobita setelah selesai mencuba alat doraemon)



It's done . 



Pandangan dari sudut tepi. 



Rupanya lebih osem kita buat sesuatu dengan hasil tangan kita sendiri.

Kita menjadi lebih menghargainya dan akan makan hati saat ada orang memusnahkannya. ( mesti letak warning signboard supaya adik-adik tak ganggu)

Bersusah payah hanya untuk sekeping gambar biasa?

Mungkin itu kerja gila bagi sesetengah orang tetapi untuk saya, saya tahu nilainya.

Hanya gambar tertentu yang akan saya letakkan di hasil kerja saya itu.

Osem frame for osem picture.

So, mungkin lepas ini anda boleh mencuba untuk jimatkan bajet membeli frame.

Boleh jaa tambah hiasan ikut kreativiti anda.

Okay set?

Good . 

Sunday, February 16, 2014

Dugaan ketika Study Melemahkan?

Assalammualaikum.

Hari Ahad yang dihabiskan di hadapan lappy tercinta untuk menghabiskan assignment dan kertas kerja program yang harus dihantar esok iaitu pada Hari Isnin. Esok pula kelas kami ada speaking MUET pada sebelah pagi sesi sebelum rehat dan esok result STPM Penggal Pertama keluar .

Dup Dap Dup Dap .

Jantungku berdegup kian laju. Kadar jantung berdegup meningkat menjelang beberapa jam lagi keputusan STPM Penggal 1 keluar. Fuhh, beginikah rasanya menunggu orang masuk meminang? Eh . 

Harapan untuk result pada Pengal 1 ini tidaklah setinggi mencecah awan yang biru di langit nan luas. 

Sungguh Hiperbola gaya bahasanya namun terimalah kenyataan hamba pelajar Kesusasteraan Melayu. 

Muehehehe ( gelak jahat )

Saat ini tidak dinafikan jantung sedang mengepam darah dengan laju seluruh cabang dan saluran dalam badan. Sadis sungguh bahasa hamba. Ini menandakan saya sangat takut memikirkan keputusan. Serius, baru saat ini debarannya dirasakan sedangkan orang lain seminggu sebelum result keluar dah bingung. 

Okay kita sudah keluar dari tajuk sebenar nampaknya.

Ehem. Betul ke dugaan ketika kita masih belajar ini melemahkan? 

Jawapannya bergantung pada diri individu itu sendiri. 

Bagi Encik Harry Potter bersama Hermione Granger dan Ron Weasly, tentu ia agak mencabar sebab waktu mereka study di Hogwarts mereka terpaksa bertarung dengan ahli sihir jahat yang hendak memusnahkan manusia.

Tapi itu khayalan semata. Hanya di dalam filem sahaja.

Bagi saya sendiri misalnya, kadang-kadang dugaan itu datang dari sudut yang kita tidak duga. Yang kita tidak jangka. Misalnya dari aspek persahabatan, pergaulan dan juga dari aspek hubungan kita dengan guru yang mengajar.

Dari aspek persahabatan, misalnya ada pihak ketiga yang cuba menganggu hubungan persahabatan sehingga menyebabkan kita dan sahabat itu tidak sehati sejiwa lagi. Padahal kita berdua berada di kelas yang sama dan ini akan menyebabkan timbulnya suatu masalah yang seterusnya akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi tidak selesa.

Masalah ini seterusnya akan memberi kesan kepada guru yang mengajar. Misalnya jika dua sahabat yang bermasam muka tadi disuruh bekerjasama dalam satu kumpulan, pasti mereka enggan dan ini seterusnya akan memberi tekanan pada pelajar lain dan guru yang mengajar. Dalam masa yang sama, turut menganggu proses pembelajaran.

Seterusnya, masalah tidak menyiapkan kerja rumah. Inikah dugaan? Dugaannya ialah kerja rumah dan assignment yang bertimbun menunggu giliran untuk disiapkan sehingga ada yang nak berhenti sekolah gara-garanya. Form Six misalnya, hanya memiliki masa yang terhad untuk menyiapkan assignment. Tetapi itu sebenarnya tidak menjadi masalah yang besar actually. Asalkan kita pandai uruskan masa, pasti akan dapat siap dalam tempoh yang diberi guru. 

Itu belum termasuk dugaan apabila kita menjawat jawatan tinggi dalam mana-mana organisasi di sekolah mahupun di universiti. Setuju atau tidak, saya katakan bahawa bila kita memegang jawatan yang tinggi, kita tidak boleh elak orang untuk tidak suka kepada kita. Kita tidak boleh halang perasaan hasad dengki untuk tumbuh menjelma berakar umbi di hati orang walaupun sebenarnya kita tiada masalah dengan orang itu.

Setuju . 

Itu satu lagi masalah apabila orang yang berhasad pada kita cuba untuk menjatuhkan walau dengan berbagai cara sekalipun termasuk mempengaruhi para guru atau pensyarah untuk turut tidak menyukai kita.Tetapi jangan khuatir, Allah kan ada. " Takkan sama kebaikan dengan kejahatan" Allah telah kata begitu.

Dan kita tidak boleh halang diri dari memikirkannya.

" Salah apa yang aku buat kat Saodah tu sampai dia buat aku macam tu sekali ? " Ujar Munah sambil termenung sendiri. Mulutnya menguyah keropok Mamee Monster. 

Seterusnya, dugaan dari aspek perasaan cinta. Eceh. Part ini mesti banyak orang pernah alami punya.

Saat si jejaka tampan berkata saya cintakan awak, lantas hati kita pun melting segala dan terlupa bahawa kita punya tanggungjawab yang lebih besar dari itu untuk datang ke sekolah. Niat untuk belajar bertukar jadi niat datang ke sekolah jumpa Encik G Dragon yang hensem seperti anak kucing di rumah saya. Eh.

Niat bertukar jadi niat nak dating.

" Sehari tak jumpa ku bisa mati kebulur " Cik Maimon merintih sayu .

Ehem Cik Maimon.

Sebelum Cik Maimon jumpa si dia, Cik Maimon elok jer hidup dan terus bernafas.

Cik Maimon marah dan naik angin.

Dushh !

Kena baling dengan pencilcase Crayon Sin Chan warna pink. 

Hew hew hew

Sebenarnya ramai yang tak perasan perasaan cinta itu pun dugaan ketika kita masih study.

Jadi sekarang molek-molek baca dan ingat ya. 

Okay antara dugaan tersebut ; dugaan kerja rumah bertimbun dan assignment berlambak, dugaan orang tak suka dan dengki, dugaan ada batu api dalam persahabatan, dugaan dengan guru atau pensyarah atau dugaan dalam memanipulasikan perasaan cinta pada waktu yang sesuai. Eh. Hiperbola lagi bunyinya.

Ehem ehem.

Apapun dugaannya.

Mohon kuatkan hati, ingat Allah ada bersama.

P/S : Degupan hati semakin laju menunggu jam 12 tengah malam ibarat jasad jatuh melayang seperti superman dari helikopter. Fuhhh . 






Menangis itu seperti menikmati Eskrem Cornetto

Assalammualaikum.

Hari ini saya nak menulis pasal menangis.

Eh biasa saja tajuk entry you tu. Menangis saja pun.

Ehem. Memang biasa sebab ianya memang biasa. -.-

Kita rasa menangis itu perkara biasa sebab kita selalu melakukannya. Kita menangis dan kemudian selepas puas, kita kesat air mata yang mengalir. Ada tak kita mengambil ibrah yang kita dapat dari tangisan kita tadi?Kenapa saya katakan menangis itu seperti menikmati ais krim Cornetto yang sedap lagi menaikkan selera perut yang sudah berkeroncong ?

Saat anda dimarahi ibu bapa anda, anda berlari masuk ke dalam bilik dan menangis.

Dan kemudian keesokannya kembali seperti biasa selepas menangis puas-puas.

Saat orang yang kita suka dan minati dalam diam rupanya sukakan orang lain

kita menangis tengah malam atau sebelum tidur supaya tak ada orang tahu kita menangis.

Saat Cik Hermione Granger menangis kerana Encik Ronald Weasly tidak perasan akan perasaan cintanya pada jejaka berambut merah itu . Eh . Hiperbola sudah ini.

Atau keputusan ujian kita keluar dan ianya tak seperti yang diharapkan,

Kita pun menangis.

Apa yang kita dapat setelah menangis?

Kepuasan.

Yang itu sudah pasti.

Kemudian kita akan dapat ketenangan semula, kita akan mendapat keberanian semula untuk berhadapan dengan kehidupan kita selepas itu. Orang yang tidak menangis, hatinya keras. Dan hati yang keras amat berbahaya.

Saat kita mendengar cerita Rasulullah ketika kewafatannya.

Kita menangis.

Saat kita kehilangan sahabat yang kita sayangi.

Kita menangis.

Saat kita mendengar keperitan saudara kita di Mesir, Syria dan Palestin.

Kita menangis.

Itu maknanya hati kita masih hidup. Masih mampu tersentuh dengan keadaan yang memerlukan kita untuk menangis. Ada sesetengah orang berasa malu untuk menangis. Sebenarnya menangis itu tidak melambangkan seseorang itu lemah, menangis itu adalah cara kita meluahkan apabila kata-kata sudah tidak mampu dilafazkan. 

Abu Bakar As Siddiq menangis ketika beliau mengetahui Nabi Muhammad akan meninggalkan dunia setelah tamat tugasnya menyampaikan wahyu Allah.

Umar yang terkenal dengan sifat garang dan tegas juga menangis.

Ali turut menangis.

Bahkan Rasulullah sendiri menangis mengenangkan nasib umatnya ketika ajalnya mendekat.

Justeru, apa salahnya menangis?

Kita tidak boleh nafikan menangis itu membuatkan kita berasa nyaman.

Senyaman menikmati ais krim cornetto.

Senyaman makan coklat choki-choki dengan usrahmate.

Sebab selepas menangis kita mampu tersenyum puas dan meneruskan lembaran kehidupan seterusnya.

Bahkan air mata yang menitis kerana takutkan azab Allah, kerana menangiskan dosanya, air mata itulah yang akan menjadi saksi untuk seseorang itu di padang pengadilan sana nanti. Air mata yang menitis saat sujud kepada ilahi itulah yang amat bererti. Air mata yang menangis melihat nasib saudara Islamnya ditindas di Palestin, di saat dia hanya mampu berdoa untuk mereka, air mata itulah juga yang akan menjadi saksi, bahawa hamba Allah ini peduli akan nasib saudara seakidahnya di sana.

Orang yang menangis bukan orang yang lemah seperti yang dicanang oleh sesetengah orang.

Menangislah selagi kamu mampu menangis.

Waima kamu memaksa diri kamu menangis.

Tapi saya pesan satu perkara.

Jangan nangis di tempat yang tidak sesuai.

Misalnya menangis ketika Majlis Pembukaan Syarikat Kosmetik Terbaru.

Ehem.

Sangat kontra ya cik abang dan cik akak sekalian.

Sekali lagi .

Menangis kerana Allah, itu yang paling osem ! 

So , mulai sekarang. Jangan takut untuk mengalirkan air mata.

Itu tanda hati kamu masih hidup :') 








Saturday, February 15, 2014

Muslimah dipikat ?

Assalammualaikum .

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.

Hari yang dimanfaatkan untuk beronline dan siapkan apa yang patut.

Ada baca tajuk entry di atas ?

Muslimah dipikat.

Eh. Muslimah yang menutup aurat pun kena usha dengan lelaki jugak ke?

Ehem . Cik Puan sekalian. Muslimah itu tetap perempuan. Okay?

Cuma cara jejaka di luar sana cuba memikat si Muslimah ini berbeza dengan wanita lain.

Lebih tepat, cara yang lebih Islamik.

" Ehem. Cik adik bertudung labuh. Assalammualaikum . Tak jawab salam dosa. "

" Assalammualaikum ukhti. Ana tertarik dengan perwatakan ukhti yang solehah. Boleh kita berkenalan dengan lebih rapat ? Nak number phone boleh? "

Eh . Melampau .

Baling dengan selipar jepun hijau kesayangan.

Itulah dia antara dialog yang sering digunakan untuk memikat si Muslimah.

Namun tak kurang juga ada yang hanya berani merenung dari jauh. Dan kemudian ketika berselisih, mereka berpura-pura melanggar kita. ( Belum tengok lagi kegarangan akhowat menjelma menjadi Super Muslimah abad ke 21 ) Hew hew hew . ( Gelak jahat seperti gelak Encik Goblin dalam cerita Encik Harry Potter )

Bila dah terlanggar, pura-pura minta maaf dan cakap " Eh, tak nampak tadi!"

Sedangkan dia nampak si Muslimah kat depan. Banyak eksyen la cik Abang.

Rasa nak baling dengan meja kat ruang tamu kat rumah pun ada . Hiperbola sungguh.

Bila mereka rasa tidak berjaya memikat dan memiliki gades itu, mulalah mereka mengeluarkan frasa ayat yang sumbang dan sakit didengar oleh telinga.

" Eleh, macamlah cantik sangat. "

" Ingat diri tu solehah sangat sampai tak nak layan orang. "

Wahai Cik Abang Romeo, bukanlah muslimah ini solehah sangat tapi kami ini hanya terhad untuk orang tertentu. Kami tidak murah. Kami limited edition punya edisi. Allah sudah simpan kami untuk yang lebih berhak. Jadi tidak salah rasanya kami jaga diri kami baik-baik .

" Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. " Cik Rosalinda Ayamor menyampuk.

Amboi ! Pandai juga Cik Rosalinda kita yang cantik lagi menawan. Ehem.

Namun ada juga yang jenis lebih suka berdiam diri setelah meluah perasaan.

Dan jangann tak percaya ada yang jenis sungguh berani tahap kritikal.

This is true story . ( dalam nada Misteri Nusantara)

Si Muslimah lalu dengan rakan-rakannya .

Ada seorang pelajar satu sekolah dengannya mengucapkan selamat tengahari .

" Selamat tengah hari juga. " Si Muslimah menjawab sambil tersenyum.

" I Love you . " Pelajar lelaki itu berteriak sehingga didengari oleh pelajar lain.

Eceh. Beraninya engkau.

Memang mudah mengucap kata cinta. Buktikannya teramatlah payah.

Si Muslimah hanya tergamam, terdiam dan meneruskan perjalanan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Ish Ish ish. Budak zaman sekarang ( Dalam gaya suara nenek dan datuk membebel)

Saya yakin hampir semua muslimah menghadapi perkara yang sama walau tidak semua. Mereka pasti pernah berhadapan dengan situasi ini. Dicop sombong dan bajet bagus apabila tidak melayan permintaan jejaka romeo yang inginkan number handphone , yang mengajak berpacaran dan yang lainnya. Relax hawa, biarkan mereka melabelkan kita begitu. Mahalkan dirimu, kita kan hanya terhad kepada yang tertentu. Jangan biarkan bakal suami kita nanti dapat cinta yang secondhand daripada kita.

Jika ada yang memikat dan masih tidak berputus asa untuk berbulan lamanya .

Cakap padanya .

" Aku ada wali. "

Simple. Dan itu sudah cukup menunjukkan kita wanita yang bagaimana. Sesuai untuk dijadikan kekasih biasa  yang diusung ke sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah atau seorang isteri yang sah dalam melayari bahtera rumah tangga. 

Jika si dia benar-benar serius, dia akan pergi berjumpa si wali.

Okay. 

So, para muslimah yang cantik menawan dan osem . Ehem.

Jika dipikat, mahalkan dirimu.

Hijab itu sudah menunjukkan bahawa dirimu mempunyai benteng dari kemaksiatan.

Jangan cemarkannya.

Dipikat atau digoda, jangan lupa sematkan dalam hati " Aku Allah yang punya. Ini ujian bagiku. Aku harus tegas "

Bertegaslah di tempat yang sesuai.

Bertegas dengan lelaki romeo yang cuba menggoda.

Walaupun mukanya sehensem Zayn Malik , jangan cair dan melting segala.

Tegas . Ingat itu. 

Cinta selepas nikah itu lebih indah. Aturan Allah semuanya sempurna . 

Walau cinta itu fitrah, jangan sampai ia menjadi musibah .











Friday, February 14, 2014

Tidak setanding Sumaiyah

Assalammualaikum.

Ehem.

Sekali lagi petang yang kehujanan di bumi kenyalang.

Sehingga tiga orang akhowat terpaksa duduk bersila di hadapan kedai di tepi jalan.

Menunggu hujan reda , baru balik ke rumah.

Okay. Back to topic.

Sumaiyah. Saya pasti semua orang kenal Sumaiyah. Srikandi Islam yang melakar sejarah.

Siapa yang tak kenal sila selak buku srikandi Islam atau minta bantuan Mr Google.

Kalau malas juga nak cari, sila ketuk ketampi.

Ehem.

Jiwa saya pasti bergetar saat mendengar nama Sumaiyah disebut.

Allah, tidak akan mampu saya menjadi sepertinya apatah lagi untuk setanding dengannya.

Saat mendengar kisah Sumaiyah dan keluarganya, hati saya diruntun hiba.

Jika seorang isteri di zaman sekarang melihat suaminya diancam maut, agaknya mereka akan lakukan apa ya sekiranya mereka berada di posisi Sumaiyah? Mungkin mereka tidak akan cekal mempertahankan akidah dan iman pada Tuhan Yang Esa demi rasa kasih dan sayang pada suami dan anak tercinta. Tetapi tidak pada Sumaiyah, dia lebih yakin imannya itu melebihi segalanya. Allah yang satu tetap diutama. Suaminya mati dijerut di leher kerana taat pada agama yang dibawa Nabi Muhammad. Kemudian, Sumaiyah sendiri syahid saat dia direjam dengan lembing kerana mempertahankan imannya. Sumaiyah, syurga menunggumu di sana.

Allah :'( 

Sampai begitu sekali dia mempertahankan imannya.

Kita di sini?

Sebaliknya pula terjadi, tidak sedar iman kian terhakis demi hari.

Iman makin menipis. Bahkan hati makin berkurap , berkudis bahkan mungkin telah bernanah.

Kerana hati kita dipenuhi noda hitam, noda kemaksiatan tika melakukan kemungkaran.

Allah :'(

Tidak layak rasanya mendapat syurga tetapi gerun rasanya walau hanya untuk membayangkan neraka.

Kita memang tidak mungkin akan menjadi Sumaiyah.

Tetapi kita mampu mencontohinya. Tauladan yang hebat.

Kecekalannya sangat mengagumkan.

Ketabahannya dan keimanannya pada Janji Tuhan .

Sungguh berbekas di hati ini.

Kita memang tidak setanding Sumaiyah kerana kita tidak mengalami apa yang dilaluinya di zamannya.

Bahkan mungkin kita tidak akan mampu melaluinya.

Tetapi kita mampu menjadi Sumaiyah Milennia.

Sumaiyah yang hidup di akhir zaman .

Menyuburkan hati insan yang hauskan tarbiyah .






Thursday, February 13, 2014

Tamadun Barat yang Super Hebat?

Assalammualaikum.

Petang yang kehujanan di bumi kenyalang.

Menambahkan kelenaan tidur dan mata semakin ketat terpejam.

Eh.

Hari ini kita akan telusuri tentang sejarah. Apabila sebut sahaja sejarah, pasti dalam otak terbayang tamadun Mesir Purba dengan Firaun, atau tamadun Mesopotamia yang budak Tingkatan Empat belajar. 

Dan saat budak kecil yang berusia 7 tahun berkata 

Superman hebat.

Sebab lawan orang jahat dan selamatkan dunia.

Atau saat budak yang super dalam subjek sejarah berkata

Amerika ialah penyelamat saat perang dunia tercetus.

Dan Barat datang ke tanah melayu bukan untuk menjajah. Tetapi mereka hendak mengtamadunkan orang Melayu di Tanah Melayu. Sebab orang Melayu tidak cukup bertamadun saat itu. Eh. 

Wahai adik yang terror bab sejarah, mohon semak kesahihan kajian anda semula ya.

Jangan buat kesimpulan sesuka hati sebelum anda dibaling dengan selipar jepun warna hijau.

Kita sedia maklum bahawa sebelum kedatangan Portugis untuk menawan kota Melaka pada tahun 1511, Islam memang sudah tersebar luas di Kota Melaka. Bermula dengan Sultan Melaka sendiri yang memeluk Islam sehingga segala bala rakyatnya turut memeluk agama Islam. Justeru agama Islam menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat di Melaka. Justeru alasan untuk mengtamadunkan orang timur di Tanah Melayu adalah langsung tidak masuk akal .

Kita juga perlu tahu bahawa : 

-  Berbekalkan slogan ‘Gospel, Gold and Glory’ (Injil, Emas dan Kemasyhuran), mereka ( Barat )  mula belayar ke Timur seawal abad ke-15 .

- Kedatangan Portugis ke Timur dikaitkan dengan keinginan mereka meneruskan Perang Salib; mereka ingin menghancurkan Kerajaan Islam di Timur termasuklah Kerajaan Melaka yang terkenal sebagai Pusat Pengembangan Islam di Nusantara seterusnya menyebarkan ajaran Kristian.

- Pelayaran mereka ke Timur juga bertujuan mengaut kekayaan menerusi perdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala. 

Sebelum itu, perdagangan rempah dimonopoli pedagang Islam yang mendapatkan bekalan di Melaka sebelum menjual pada harga tinggi di Eropah. Portugis berpendapat jika mereka berjaya menguasai Selat Melaka, mereka akan berjaya mengambil alih kekayaan itu daripada pedagang Islam.

 Sumber : http://notasejarah.blogspot.com/


Dan pasal watak Amerika yang muncul sebagai penyelamat sewaktu perang dunia, kita boleh fikir secara logik. Jika benar ianya negara yang cintakan keamanan, yang cintakan keharmonian, kenapa ia tidak membantu negara Islam yang tengah bergolak? Kenapa Amerika hanya tegar melihat sahaja Umat Islam di Syria disembelih, melihat Umat Islam di Palestin ditindas dan dizalimi orang Israel? Bahkan kenapa mereka sendiri yang membantu Israel untuk melumpuhkan negara Islam? 

" Habis tu, dalam Tv kenapa Obama elok saja kata mereka bersimpati atas kekejaman yang dilakukan Bahsyar ke atas rakyat di Syria? " Soal Pak Cik Os.

Ehem. Pak cik. Dalam televisyen itu bukan boleh percaya sangat. 

Itulah pentas lakonan dunia realiti yang kita semua tak perasan. 

Media antara agen fitnah terbesar. Terutama sekali dalam mengatakan Islam itu agama pengganas. 

Ehem.

Habis ? Yang merogol wanita Islam di Palestin, yang membunuh mereka yang lemah tidak berdaya di Palestin, bukan pengganas? Mereka itulah pengganas yang sebenar. Hanya kerana media dan dunia berpihak pada mereka, tidak bererti mereka akan mampu ketawa selama-lamanya.

Akan tiba masanya mereka takut akan balasan yang dijanjikan Tuhan.

Masihkah kalian mengatakan tamadun barat itu super hebat ?

Hebat dengan teknologinya.

Hebat dengan falsafahnya.

Ehem ! 

Jangan lupa Kerajaan Islam pernah memayungi dua pertiga dunia.

Jangan lupa  tentera Islam yang dipimpin Sultan Muhammad Al Fateh pernah menawan kota Istanbul yang sebelum itu tembok pertahanannya tidak pernah ditembusi oleh mana-mana musuh.

Jangan pernah lupa tamadun Islam pernah menjadi suatu tamadun yang digeruni.

Jangan pernah lupa cendekiawan barat dan golongan bijak pandai barat sendiri mengambil ilmu dari orang Islam kerana ketinggian tamadun Islam ketika itu.

Jangan pernah lupa musuh sangat takut akan semangat jihad orang Islam sehingga Mustafa Kamal Attaturk sendiri perlu merancang dengan teliti untuk menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah yang akhirnya berakhir pada  3 Mac 1924. 

Tahu kenapa musuh sangat takut akan semangat jihad orang Islam?

Kerana musuh tahu saat orang Islam berjihad, mereka tidak takut mati bahkan rela berjuang hingga mati kerana mereka sangat mendambakan syahid. Semangat jihad mereka berkobar-kobar. Syurga terbayang di hadapan mata mereka. Seperti Bara Al Malik, saudara kandung Anas Bin Malik sangat mendambakan syahid. Dia asyik pergi berperang dan Bara merupakan seorang pahlawan dari golongan Ansar yang sangat digeruni musuh. Dia tidak takut pada mati.

Masihkah kalian mengatakan tamadun barat yang super hebat? 

Ya mungkin ia hebat dari segi teknologi.

Meriam dan senjata. Komputer dan satelit. Robot dan bom. 

Mereka ada semua itu.

Tetapi ketamadunan mereka tidak setanding dengan ketamadunan Islam dulu yang jarang sekali diceritakan dalam mana-mana buku Sejarah. Jarang sekali disiarkan dalam televisyen. Dua pertiga dunia itu bukan sedikit. 

" Dan sampai sekarang Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang tidak dapat diatasi oleh mana-mana perlembagaan bertulis lain di dunia waima Amerika sendiri tidak mampu menggubal perlembagaan yang sempurna seperti itu. " Mak Odah berkata sambil makan sirih dengan kapur.

Terhambur keluar air kelapa dari mulut.

Cayalah Mak Odah menjadi pakar sejarah. 

Tengok dulu siapa yang menggubal Piagam Madinah . Ehem.

Tak mungkin sesiapa dapat menandingi Rasulullah.

Obama apatah lagi. 

Di saat orang berkata tamadun Eropah ada itu, ada ini .

Kita jangan malu berkata Tamadun Islam ada itu dan ini.

Tamadun Islam pernah menjadi kuasa yang digeruni.

Dan kita sedang berusaha mengembalikan zaman kegemilangan itu.

Bukankah sejarah itu patut kita banggakan dan sejarah itu patut kita ambil sebagai pelajaran yang berharga?

Masihkah kalian mengatakan barat super hebat ?

Kerana adanya superman, spiderman , catwoman, Encik Hulk Hijau dan Encik Harry Potter yang syirik kerana mengamalkan sihir. Eh .

Itu hanya watak rekaan okay.

Jika mereka super super hebat , tidak akan ada masalah kes anak luar nikah terabai di sana. 

Jika mereka super hebat, tidak akan ada masalah remaja tidur bersama sebelum kahwin. Eh.  

Khalid Al- Walid, Ali bin Abi Talib, Abu Bakar As Siddiq dan Umar Al Khattab .

Mereka bukan watak rekaan.

Islam telah melahirkan pejuang seperti mereka.

Dan di zaman tamadun Islam berkuasa dahulu ,

Tidak ada orang berzina.

Tidak ada yang minum arak.

Tidak ada yang melakukan kemungkaran. 

Justeru sebagai generasi yang hidup di era modenisasi ini (macam ayat dalam esei BM jer T_T) .

Kita wajar ambil tahu tentang sejarah tamadun kita yang terdahulu agar kita tidak sesuka hati menjunjung tamadun pihak lain tanpa mengetahui tamadun Islam sendiri lebih gah.

Kalau kita tidak bersatu, mana mungkin 2/3 dunia mampu kita takluki?

Dengan penyakit umat yang semakin tenat, ianya memerlukan kita yang menyedari hakikat ini untuk menjadi penawarnya. Berhentilah mengagungkan Encik Spiderman di saat murabbi kita boleh jadi lebih osem dari dia. Encik Spiderman tidak mampu mencegah kemungkaran yang berlaku. Tetapi kita mampu.

Let's get to work, guys.

Tidak mustahil  ketamadunan  Islam yang tinggi itu kita gapai semula.

Allah telah berjanji Islam itu pasti menang.

Biarlah Allah tentukan saatnya ia kembali menerangi seri buana ini ( eceh, ayat sastera)

Kita hanya berusaha dan terus berusaha menyuburkan jiwa insan.

"  Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah  "

Walau kita tidak mampu menjadi sehebat Sumaiyah yang mati syahid mempertahankan keimanan . 

Cukuplah kita berusaha menjadi sepertinya , srikandi yang melakar sejarah . 






 







Wednesday, February 12, 2014

Akhowat Bergaya

Assalammualaikum.

Sila jawab salam dengan penuh gaya yaa.

Ehem.

Pernah tak dengar pasal akhowat bergaya? Bagi yang tak faham maksud akhowat ini, saya guna frasa muslimah bergaya.

Ada yang kata susahlah menjadi seorang muslimah.

Susahlah menjadi seorang akhowat .

Sebab tak boleh bergaya.

Eh ya ke tak boleh bergaya? Biar betul !

Bak kata Ustazah Fatimah Syarha , Islam bukanlah agama yang anti fesyen.

Islam itu mudah dan memudahkan. Islam bukan agama yang anti fesyen.

" Oh Yeah ! Lepas ini boleh pakai macam Salena Gomez ! " Miss Onah berteriak dengan gembiranya.

Izin laluan sebentar. Jangan terlalu gembira Miss Onah.

Islam memang tidak anti fesyen tetapi Islam anti pada fesyen yang mendedahkan aurat.

Islam melarang fesyen yang bertentangan dengan syariat.

Paham Cik Daonah ?

Cik Daonah terus terkedu, terbisu, terdiam seribu bahasa.

Tak apa Cik Daonah. Cik Daonah masih boleh berfesyen asalkan fesyen itu mengikut syariat. Bahkan lebih cantik dan manis bila kaum hawa mematuhi ajaran Islam kerana Allah telah menggariskan panduan untuk wanita berpakaian dan itu tandanya Allah sayang kita . Cik Daonah pasti lebih tenang jika berpakaian menutup aurat dan harus ingat niat harus diedit selalu, haruslah kerana Allah. Bukan kerana mengikut fesyen atau nak nampak cantik di mata manusia. 

Bukankah kita berfesyen itu untuk nampak cantik di mata manusia?

Sebab tu muslimah tak boleh berfesyen.

Eh Eh . Mana ada? 

Saya pernah berjumpa sendiri dengan akhowat yang gemar berselendang. Katanya lebih selesa menggunakan selendang. 

Ada yang lebih selesa menggunakan pashmina, katanya itu kegemarannya dan dia memakainya mengikut syariat. Labuh, tidak jarang dan tutup tempat yang sepatutnya.

Ada juga akhowat yang lebih selesa bertudung bawal labuh bidang 50 dan 60.

Ada yang suka bertudung labuh yang telah berjahit , yang paling popular tudung labuh koshibo sebab kainnya lembut dan berkualiti. Lagipun hanya pakai saja, tak perlu pin-pin semua. 

Jadi tiada salahnya fesyen yang mengikut syariat ini.

Dengan syarat tidak melanggar hukum yang sepatutnya .

Dengan syarat tidak menyerupai orang kafir.

Dan kita juga harus belajar untuk bersangka baik, jangan terus berfikiran buruk bila melihat muslimah yang menggunakan pashmina, selendang dan tudung ala najwa latif. Siapa tahu mereka lebih selesa dalam keadaan begitu? Manusia ini citarasanya berbeza. Terima perbezaan itu selagi ia tidak bercanggah dengan Islam. Dan Islam itu pula tidak susah dan tidak menyusahkan. Jadi jangan buat ia nampak susah bagi mereka yang baru nak berhijrah . 

Kalau begitu, tidak salahlah untuk akhowat bergaya ya kak ?

Cik Sally bertanya dengan muka anak kucing minta dibelai ibunya.

Eh ! 

Tidak salah ! Asalkan janji mematuhi syarat- syarat di atas.

Silakan bergaya selagi anda tahu cara anda bergaya itu mengikut lunas Islam yang betul.




Monday, February 10, 2014

Pejuang yang Manja



Assalammualaikum.

Bersua lagi kita dalam ruangan manisnya kurma ini. Eh T_T .  .

Merepek.

Saja nak buat saspens sikit . hew hew hew

Back to topic .

Pejuang .

Pejuang selalu dikatakan berani. Pejuang selalu dikatakan tegas. Pejuang selalu dikatakan rela berkorban untuk apa yang diperjuangkannya. Pejuang merupakan mereka yang tegas. Namun kita tidak pernah dengar pejuang yang manja. 

" Saja dia ini buat cerita. Kalau manja mana boleh jadi pejuang. " Kata Cik Cempedak sambil kelip-kelip mata.

Kenyataan itu ada betulnya, dan ada salahnya.

Yang betulnya memang untuk berjuang, kita tidak boleh dikuasai kemanjaan yang melampau sehingga mengalahkan Encik Kucing Putih di rumah saya.

Yang salahnya, bila berjuang, itu tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mempunyai sedikit pun sikap manja.

Di sini kita lihat melalui konteks yang adil dan saksama ibarat seorang hakim sedang menghakimi gaya bahasa dan ketelusan idea spontan  serta bidasan seorang pembahas di dalam pertandingan bahas. 

" Ehem ! Kita di sini bukan nak berbahas ya. " Ujar Puan Latipah Omar .

Ya Cik Puan . ( sambil buat muka sedih )

Manja yang saya maksudkan ialah manja yang bertempat. Bukannya manja yang keterlaluan sehingga membuatkan pak cik guard di kawasan perumahan lari ketakutan setiap kali kita lalu. Sampai kasut pun minta orang pasangkan untuk dia. ( Too much) Padahal umur sudah boleh jadi mak dan bapak budak. Eh Eh. 

Manja yang buat mak asyik gelengkan kepala bila Sally ( nama dalam IC : Salimah Binti Osman) menjerit dari dalam bilik.

" Mummy, baju sekolah tak seterika lagi. Please help me mummy. Sally feel tired. Lepas ni nak makan pulak yer mummy. " 

Ehem Cik Sally. Dah besar kan? Seterikalah sendiri. Dan makanan tu, takkan dia nak berlari pergi pada cik Sally. Nak susahkan mak pulak .

Apa awak ingat mak awak tu orang gaji awak?

Banyak cantik muka. 

Rejected buat calon adik ipar.

Di saat hendak berbulatan gembira dengan murabbi terchenta.

" Akak tak acilah. Layan dia saja. Tahulah dia tu anak usrah kakak yang baru. Janganlah pilih kasih. "  Cik Peah komentar sambil memuncungkan mulutnya.

Dan bila murabbi dia sudah layan dia . . .

" Kak,  saya tak naklah bawa usrah lagi. Susahlah bawa anak usrah."

" Saya malas kak nak pergi jaulah dan daurah jauh-jauh. Kalau tidur di asrama budak, tempat mandi kena kongsi dan tandas kena tunggu giliran. Alaaa tak nak macam tu. Kat rumah bilik mandi khas untuk saya seorang dalam bilik. Dan mak sediakan tuala sebelum mandi  " 

T_T .

Sila beri saya duit untuk beli salotepp . 

Saya nak salotep mulut Cik Peah ini. Hiperbola pulak dia T_T .

Inilah manja yang tidak bertempat. Islam tidak perlukan orang seperti ini untuk perjuangkan yang hak. Masih banyak lagi yang akan perjuangkan Islam di saat kamu memanjakan diri kamu dengan perkara yang tidak penting. Masalah berkongsi bilik mandi misalnya. Itu adalah masalah kecil, janganlah diperbesar. Ada masalah yang jauh lebih besar dari itu, kawan. 

Masalah umat. 

Dan memikirkan strategi untuk bawa umat kembali pada Islam.

Masalah ini lebih penting dari cat kuku Cik Catwoman yang menghalang wuduk.

Masalah ini lebih penting dari memanjakan diri dengan kemewahan.

Masalah ini lebih penting dari sekadar ada ayah yang tolong bukakan pintu kereta untuk Cik Tupai.

Masalah ini lebih penting daripada menangis hanya kerana mak tak nak bagi duit untuk beli pashmina baru.

Saya masih ingat suatu kata - kata dari seorang cerdik pandai.

Jalan tarbiyah dan dakwah ini tidak memerlukan pejuang yang manja dan tidak berani menempuh cabaran. 

Jalan ini tidak memerlukan pejuang yang lembik dan lemah.

Lembik dan lemah?

Manja dan pengecut ?

Fahamkah kita di situ?

Jalan dakwah dan tarbiyah ini penuh liku , penuh duri . Dan kita juga sedia maklum Islam itu akan kembali asing di akhir zaman dan ianya telah pun terjadi. Di sinilah orang akan mengecam dakwah kita, menghalang proses tarbiyah kita bahkan mungkin sampai ke tahap cuba membunuh kita.

Mampukah pejuang yang manja dan lembik menghadapi semua ini?

Tidak mungkin dia mampu.

Jika seterika baju sendiri dia tidak mampu.

Pergi ke dapur untuk makan pun tidak mampu.

Ikat tali kasut pun suruh ibu ikatkan.

Dan kata murabbi enggan diikut hanya kerana terlalu manja.

Saya tidak kata manja itu salah . Aisyah juga manja dengan Nabi Muhammad.

Tapi manjanya bertempat.

Jadi lepas ini kita sama- sama aplikasikan sifat manja di keadaan yang sesuai.

Supaya kita tidak menjadi ibarat si luncai yang tenggelam dengan labunya.;

Okay set ( Kelip-kelipkan mata anda )

Assalammualaikum. 














Sunday, February 9, 2014

Daie yang tersepit

Assalammualaikum .

Perkataan Daie ini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang pendakwah mahupun sesiapa yang terlibat dalam tarbiyah. Masyarakat memandang daie sebagai sempurna lantaran menganggap mereka tiada masalah. Walhal tidak semua begitu, perkara ini tidak benar sama sekali. Melihat wajah jernih para ikhwah dan akhowat lantas fikiran masyarakat terus ligat berputar ibarat mesin basuh yang dihidupkan suisnya.

" Muka akhowat ini tenang saja. Pasti tiada masalah. Al maklumlah orang alim."

" Ikhwah ini tak pernah merungut. Seronok betul hidup tiada masalah. "

" Ustaz ini tak pernah berhenti berdakwah. Agaknya hidup dia memang free dari masalah. Seronok jadi ustaz ini . "

Mungkin itulah yang diputarkan dengan begitu kreatif dan inovatif dalam mesin minda ahli masyarakat. Sehingga mereka - mereka ini terlupa bahawa daie itu manusia. Dan mereka yang berjuang di jalan ini tidak pernah lari dari masalah. Di segenap penjuru dunia ini mereka mesti memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah kerana mereka tahu Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Justeru itu, disaat orang lain masih lena dibuai lagu merdu ciptaan duniawi, mereka merancang dan berusaha membawa manusia kembali kepada Islam. Fitrah menyukai kebaikan. 

Saat melihat sahabat yang lain tidak menutup aurat .

" Kerja aku masih banyak. Sahabat aku masih perlu disedarkan. " Hati mereka merintih sayu.

Ketika adik perempuan mereka dengan gaya Sunny Girls Generation naik motor sambil berpeluk dengan boipren tercinta kononnya.

Ketika ibu bapa di rumah masih tidak menunaikan solat lima waktu.

Ketika si ibu yang bernama Cik Lehot ( tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah tiada ) duduk di tangga jiran dan duk mengumpat jiran tetangga.

" Kau tau anak si Timah tu berlagak alim betul. Pakai tudung labuh sampai kaki. " 

Eh Mak Cik. Hiperbola sangat di situ eh -.- 

Ketika anak lelaki Pak Cik Osman Cendol merempit atas motor dan buat bising tengah malam.

Atau di saat anak dara Mak Kiah balik tengah malam sambil pakai baju lip lap dari Kelab Malam .

" Ui ! Anak dara Mak Kiah pakai gincu jenama avon, maskara jenama maybelline. " Pak Cik Guard mulai mengusha - usha .

" Macam Marilyn Monroe. " Encik Cicakman menyahut.

Eh ada lagi Encik Cicakman ni. Pak Cik Guard tak padan gigi sudah tanggal semua, ada hati kacau perempuan muda. Eh . . . 

Dushhhh ! 

(Kena baling dengan batu oleh Pak Cik Guard) 

Semua keadaan ini memerlukan orang untuk membetulkannya dan siapa lagi kalau bukan kita? Kita yang menyedari hakikat ini, sebagai daie . ( Daiekah aku? Eh .) 

Itulah sebabnya daie ini selalu tersepit .

Tersepit antara dakwah dan juga ibu bapa .

Kadang - kadang . 

" Mak tengok kau asyik pergi program sana-sini, jaulah sana, daurah sini, sampai tak ada masa untuk keluarga. " Bila si ibu mulai komentar.

" Abang, penting sangat ke usrah abang itu sampai adik ajak abang tengok cerita Pak Mail Jadi Zombi Berdangdut kat panggung wayang tu pun tak dapat hanya kerana nak berbulatan gembiralah sangat tu? Sejak bila adik usrah lebih penting daripada adik kandung? " Adik Akhi Sudin memuncungkan mulutnya panjang sedepa ibarat mulut itik yang menyudu air di kolam. 

" Ayah tak suka kamu pakai tudung labuh semua ini. Pakai stoking dan stongan ( singkatan sarung tangan) lagi. Bukannya kamu sekolah agama pun. Tak payah bajet sangat. Takut kamu dicop gila nanti. " Encik Aladdin memarahi anak gadisnya.

Relakslah Encik Aladdin. Teko ajaib kan ada . Eh Eh . Syirik dan khurafat itu semua.

Oleh sebab itu tidak hairanlah keluarga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan ikhwah dan akhowat kita tersepit. Itu belum lagi termasuk sahabat.

" Sejak bila kau jadi ustazah wei? "

" Aku tak suka kau ajak aku ke masjid. Aku nak merempit malam ini."

Boleh saja merempit bro. Tapi merempit ke masjid? Nak tak? Itu baru kool ,osem dan bergaya.

Sumpah. Lee Min Ho pun kalah.

Zayn Malik pun tak dapat merempit ke masjid. Eh Eh .


Jadi kita tidak dapat menilai kehidupan seseorang hanya dengan melihat wajah jernihnya sahaja. Wajah sejernih Heliza Helmi pun mempunyai masalah. Dan kita selalu dengar kisah tersepit antara dua kekasih, tapi sekarang bagaimana pula daie yang tersepit antara tanggungjawab terhadap agama , sebagai anak, sebagai kakak , abang dan seumpamanya?

Pasti payah untuk mereka menanganinya.

Tidak mustahil mereka menangis ketika berdating dengan Tuhannya tatkala tengah malam menjelma.

Memohon kekuatan dan dikurniakan ketabahan .

Mereka terus mara dalam dakwah, dalam amar makruf nahi mungkar tanpa menjadikan masalah yang ada sebagai batu penghalang kerana mereka pasti Allah sentiasa menolong mereka dalam apa jua keadaan .

Okay set ?

" Lepas ini tak adalah lagi mesyuarat tingkap di tangga duk mengumpat orang yer. " Encik Cicakman menyampuk lagi.

Yalah tu Encik Cicakman. Shuhh  ! Pergi sana cari serangga buat makanan.

Lumrah hidup sebagai orang yang berjuang di jalan ini , setajam mana pun duri harus ditempuhi walau darah mengalir penuh sebaldi. Eh .

Apapun ukhti dan akhi, percayalah Janji Tuhan itu pasti terjadi.

Sama ada kita sempat atau tidak untuk melihat Islam itu bangkit, itu perkara kedua.

Yang pasti usaha kita.

Ya usaha kita untuk menegakkan agama yang hak ini dan menyuburkan hati insan melalui tarbiyah.
Agar bila kita tiada nanti, merekalah yang akan meneruskan perjuangan.
Itu baru osem.

Lebih osem dari makan mee maggi campur telur dua biji.

Sebab di syurga nanti kita dapat merasakan lebih dari sekadar maggi semata.

Yakinlah.













Saturday, February 8, 2014

Akhowat Garang ?

Assalammualaikum .

Akhowat sering dikaitkan dengan perwatakan lemah lembut dan bersopan santun. Akhowat dikatakan punya tutur kata yang halus dan sejuk mata memandang. Seronok telinga mendengar katanya yang penuh hikmah. Ya! Itu memang benar tetapi tidak semua akhowat begitu. Ada juga jenis akhowat yang sempoi dan bersahaja. Bila bersuara, suaranya tidak seayu Heliza Helmi . Ramai yang berkata itu dan ini tentang akhowat yang garang ini.

" Pakai saja tudung labuh, masih juga garang dekat kita." Kata Encik Superman.

" Ukhti ini terlalu berani bersuara. Bukankah perwatakan wanita itu seharusnya pemalu dan sopan dalam menyusun kata ?" Encik Harry Potter mulai komentar.

Ehem - ehem Encik Harry Potter .

Apa Encik HP ingat akhowat ini perlu malu dan lemah lembut sepanjang masa ke?

And pembetulan okay. Malu itu perlu bertempat.  

" Yalah , kan akhowat perempuan. Perlulah lemah lembut dan santun bahasanya. Taklah kita yang lelaki ini sendiri kecut perut dengan akhowat. " Kata Encik Cicakman.

Hei cicak. Diam . Tak padan diri cicak . Cis . 

Alahai. Mungkin itulah antara kata-kata mereka. Memang wanita perlu punya sifat lemah lembut tetapi percaya atau tidak sifat lemah lembut itu memang semulajadi ada dalam diri wanita. Cuma ada wanita yang kita memang nampak sifat itu pada dia, dan ada yang kita tak nampak. Yang kita tak nampak kelembutan pada dia itulah kadang - kadang orang melabelkannya sebagai akhowat rock, akhowat ganas , dan seumpamanya.

" Uish, akhowat ganas tu datang. Lari ! " Jerit Encik Superman kepada Encik Voldermort dan Proffesor Dumbledore.

Zapppp ! Sekelip mata hilang .

Begitu hebat penangan gelaran akhowat ganas ni.

Kita sedar atau tidak, sebenarnya akhowat yang dicop ganas dan garang ini hanya garang kepada lelaki ajnabi sahaja. Jika anda perasan. Mereka bersikap dingin dan bersahaja bila berjumpa dengan lelaki dan bertukar menjadi Henshinnn !!!!!! Roarrr !!!!  saat ada lelaki cuba memikat mereka . Jadi tidak perlu hairan jika akhowat atau muslimah sebegini wujud. Sebenarnya mereka sangat mesra dengan orang di sekeliling mereka dan kemesraan mereka terhad pada orang tertentu . 

Jadi bilamana orang melabel kita sebagai akhowat ganas dan garang, jangan hairan. 

" Ada akhowat yang berdiam diri saja bila diganggu lelaki sebab mereka tak berani melawan . " Ujar Cik Rose.

" Ada pula akhowat yang bila diganggu lelaki, hanya dengan jelingan dan renungan tajam mereka , lelaki itu terus kecut perut dan tidak berani menganggu. " Lapor Encik Melodi dari TV Arowana Firdausi.

Jadi kita mesti menerima perbezaan ini . Perbezaan di mana setiap orang ada gayanya tersendiri tidak kiralah lembut , garang dan ayu. Saya sendiri pernah merasakan diri saya tersisih hanya kerana saya ini jenis akhowat yang garang. Lebih garang berbanding para sepupu dan sahabat yang lain. Orang kata macam-macam. Dulu mungkin garang saya tidak bertempat ( buli adik) , tetapi saya rasa garang saya sekarang bertempat .( henshin ) gelak jahat .

Tapi segarang-garang seorang akhowat itu, dia tetap yang paling sayu. Macam saya, walau saya dicop garang dan brutal, sayalah paling cepat menitiskan air mata. Kawan saya yang lemah lembut pula mampu menahan air mata. Itulah kenyataan.  Garang namun sendu. Eh apakah? T_T . 

" Tak padan muka garang, tapi kuat nangis . Apalah. Gelakkan dia cepat. " Cik Catwoman lantas ketawa dengan nada jahatnya. 

Hei Cik Catwoman. Menangis itu tandanya ada perasaan. Masih ada hati. Daripada tak nangis langsung , maknanya hati dah keras. Hah. Hambik kau . 

Jadi sayangku sekalian, jika diberi gelaran akhowat ganas , akhowat rock, akhowat garang, brutal , percayalah kita harus menghargai perbezaan kerana itu adalah kurniaan Allah. Jika tiada perbezaan , hidup akan menjadi bosan. Nampak hikmah di situ? Namun garang itu perlu bertempat , jangan pula ganas dan brutal itu diaplikasikan pada keluarga dan usrahmate terchenta. 

Habislah nanti kena hentam dengan murabbi tersayang . 

Faktanya , saya tidak pernah rasakan diri saya brutal dan gangster melainkan kawan saya yang kata begitu. Dan ibu saya sendiri . Keluarga saya sendiri. 

" Jangan masuk kes polis sudahlah." Encik Cicakman komentar lagi.

Diamlah cicak. Panjat saja dinding itu. Nak banyak komen pulak. -.- 

Jadi ingat , digelar akhowat garang, kita jangan cepat melatah. Cuma mereka yang rapat dengan kita tahu siapa kita . Okay Set . ( Sambil kelip-kelip mata)

Assalammualaikum :) .



Friday, February 7, 2014

Cerpen " Aku sayang kau kerana Allah."

Jasad itu masih berbaju kurung lengkap sekolah. Beg sekolah dan tudung sekolah masih dibiarkan bersepah di atas meja belajar. Dia sedang nyenyak tidur. Penat agaknya kerana baru sahaja balik dari sekolah. Suasana yang senyap menambahkan lagi lena tidurnya. Tanpa gangguan dan suara yang mengganggu ketenteraman dirinya yang sedang diulit mimpi.

"Ring ! Ring ! Ring ! " Telefon bimbitnya berbunyi. 

Sekujur badan itu masih tidak bergerak. Tetap tidak beralih dari posisi tidurnya. 

"Ring ! Ring ! Ring ! " Telefon bimbitnya berbunyi lagi.

Dia bingkas bangun dalam keadaan mata terpejam. Tangannya menggosok kedua-dua belah mata. Dia memuncungkan mulutnya sambil matanya melilau mencari telefon bimbit berwarna biru, telefon yang setia menjadi peneman dalam hidupnya sejak lima tahun yang lalu. 

"Ring ! Ring ! Ring ! " Telefon itu berbunyi lagi.  

Tangannya lantas menggapai telefon bimbit kesayangannya itu di sudut sebelah kanan katil. Dia menekan butang berwarna hijau untuk menjawab panggilan.

"Assalammualaikum, Aina." Terdengar suara halus dan lembut di dalam talian. Aina tersenyum kecil. Dia amat mengenali pemilik suara yang halus dan lembut itu.

"Waalaikummusalam, Zahrana. Ada apa ni? Kacau aku tengah tidurlah kau ni." Terdengar bunyi ketawa kecil di dalam talian. Aina mengetap bibirnya geram. Dia sangat pasti Zahrana sedang mengetawakannya. Manakan tidak, Zahrana pasti dapat mengagak bahawa dirinya tidur dalam keadaan masih berbaju sekolah dan belum menjamah makanan tengah hari.

" Awak ni,Aina. Luculah. Saya telefon awak sebab saya sengaja nak bangunkan awak. Biar awak tak tidur dalam keadaan perut kosong dan busuk sebab belum mandi. Tak pernah lagi saya jumpa anak dara macam awak." Terdengar lagi suara lembut itu ketawa kecil di dalam talian. 

" Kau ni kan. Geram betul aku. Potong betul."

Aina menunjukkan wajah tidak berpuas hati dengan perangai Zahrana walaupun Zahrana tidak ada di hadapannya. Geram betul dia dengan Zahrana. Sudahlah mengganggu tidurnya, selepas itu sahabatnya itu sempat pula memberikan tazkirah ringkas versi dalam telefon bimbit. Kalau Zahrana ada dihadapannya, sudah lama bantal doraemon singgah di kepala gadis itu. Biar padan muka dia, mengusik orang tak kira masa.

" Okay. Aku sudah bangun sudah ni. Nak pergi mandi dan solat Asar. Okay? Assalammualaikum." Aina terus mematikan talian. Sempat Aina mendengar suara Zahrana menghabiskan sisa tawanya. Aina mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil. Dia bangun dari atas katil dan mencapai tualanya yang tersidai kemas berhampiran dengan tempat menyimpan seterika. Usai mengambil tualanya, Aina melangkah perlahan menuju ke bilik mandi. Sewaktu tangannya memegang tombol pintu bilik mandi, Aina tersenyum kecil. Dia teringat akan Zahrana yang sering bersama dengannya dan tidak jemu menasihati dirinya. 

"Zahrana, kau memang sahabat aku dunia dan akhirat." Bisik hati kecil Aina.

                            "Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri "

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

* * * 

Keadaan di kantin agak tidak terkawal. Pengawas berusaha untuk menyuruh pelajar berbaris dan mengikut peraturan yang telah ditampal oleh pihak sekolah di dinding kantin. Aina yang sedang mengambil kehadiran pengawas yang bertugas di kawasan dewan makan agak bingung. Pelajar masih berebut ingin membeli makanan. Mata Aina melilau mencari kelibat Zafril, pengawas yang bertugas untuk menjadi ketua biro disiplin dan Zafril telah ditugaskan untuk terus mengawal keadaan di zon kritikal iaitu di kawasan kantin sekolah. Tetapi bayang Zafril sendiri tidak kelihatan. Yang kelihatan hanyalah pengawas lain.

" Mana Zafril? " Aina mengutarakan pertanyaan pada Jessica, salah seorang ahli lembaga pengawas yang bertugas di bawah jagaan Zafril.

Pertanyaan Aina itu kelihatan tidak menyenangkan bagi Jessica. Aina yang menyedari situasi itu hanya terus bertanya dengan muka bersahaja.

" Saya tidak tahu di mana Zafril, Aina." Jessica menjawab dengan suara yang agak perlahan. Aina mengangkat keningnya sebagai tanda tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Masakan Jessica tidak tahu di mana Zafril sedangkan Zafril ketua biro disiplin, biro yang sama dengan Jessica dan mereka berdua seharusnya bertugas di tempat yang sama.

"Kenapa keadaan masih tidak terkawal di kantin? " 

Soalan yang dilontarkan Aina membuatkan Jessica menarik nafas yang panjang. Jessica menoleh ke kiri dan kanan sebelum menjawab.

" Pelajar tidak mahu mendengar cakap pengawas." Sekali lagi kening Aina terangkat sebaik sahaja mendengar jawapan yang maha ringkas meluncur keluar dari mulut gadis di hadapannya itu.

" Baiklah. " Ujar Aina pendek.

Aina merenung wajah Jessica sesaat sebelum berjalan menuju ke kantin sekolah. Jessica pula mengekori jejak gadis bertudung labuh itu dari belakang. 

" Jangan berebut. Sila jaga adab anda sesama pelajar. Takkan lari makanan itu jika memang itu rezeki kamu." Suara Aina berjaya mengatasi kebisingan yang ditimbulkan oleh pelajar yang berebut posisi untuk membeli makanan. Beberapa orang pelajar kelihatan tidak berpuas hati dengan arahan Aina dan berbisik sesama sendiri. Aina hanya membuat muka bersahaja melihat tindakan pelajar-pelajar itu. Tiga orang pelajar yang lain melihat Aina dengan pandangan yang marah.

" Kenapa dik? Marah? " Aina menanyakan soalan kepada tiga orang pelajar itu dengan kening terangkat.

" Kami nak cepat, kak. Tak cukup masa. Masa rehat hanya 30 minit saja." Salah seorang antara pelajar itu menjawab. Aina hanya tersenyum sambil merenung wajah pelajar itu yang menunjukkan riak muka tidak berpuas hati.

" Dik, kamu sepatutnya bersyukur sebab kamu masih punya masa rehat selama 30 minit. Jika kamu menjadi seorang pengawas, masa rehat kamu akan menjadi 10 minit sahaja. Justeru kami sebagai pengawas harus mengejar masa untuk bertugas, menghantar tugasan dan untuk makan. Berbanding dengan kalian, masa kami lebih terhad. Kalau kamu berebut nak beli makanan, nanti ada yang terjatuh dan semua itu bahkan lagi merumitkan keadaan. Jadi itu sebabnya kamu perlu mematuhi peraturan dan beratur. Biar selamat. " Aina mengukir senyuman kepada tiga orang pelajar itu. Ketiga- tiga pelajar itu mengangguk-anggukkan kepala dan beratur bersama pelajar yang lain untuk membeli makanan.

" Kemas dan teratur pelajar di kantin hari ini, Ustazah." Aina menoleh ke arah punca suara itu. Kelihatan Zafril sedang berdiri dengan angkuhnya sambil tersenyum meleret. Aina mengecilkan matanya dan memberikan senyuman sinis.

" Amin Ya Rabbal Alamin. Mudahan aku benar akan menjadi ustazah. Itu benda baik, apa salahnya? " Aina pantas membidas Zafril. Zafril masih mengukir senyuman. Senyuman yang kononnya dikatakan tampan dan menawan hati oleh pelajar perempuan di sekolah itu. Aina mencebik bibir. 

" Tampan lagi muka datuk aku. " Suara hatinya berbisik kecil. 

" Macam mana kau uruskan pelajar kat sini? Tadi aku tengok macam kena serang burung garuda, sekarang bukan main lagi kemas dan teratur. " Zafril berpeluk tubuh sambil memerhati pelajar - pelajar yang membeli makanan di kantin.

" Tengok muka kau kat sini pun tak ada. Macam mana kau nak atur pelajar? Nama saja ketua biro disiplin tetapi tak dapat diharap langsung. " Zafril mengukir senyuman yang lebih lebar mendengar bebelan Aina. Wajah gadis itu direnungnya dalam. Gadis inilah yang hampir membuatkan kewibawaannya sebagai seorang lelaki pujaan ramai jatuh merudum. Hanya kerana gadis ini terlalu berani membidas dan itulah yang membuatkan Zafril lebih mengenali Nur Qalesya Aina. 

"Aku bercakap dengan kau, yang kau pergi renung muka aku sambil senyum-senyum kenapa? Wahai cik abang, tundukkan pandangan mata tu. " Aina mengetap bibir. Geram benar dia dengan perangai jejaka di hadapannya ini. 

" Ya Cik Aina. Aku sedang mendengar apa yang kau cakap. Aku ada kerja tadi, sebab tu lambat datang bertugas. Lagipun, kalau aku bertugas di sini, aku tidak dapat suruh mereka beratur macam yang kau buat. Kalau aku berdiri di sini mengawasi pelajar, pelajar perempuan yang akan berbaris minta nombor telefon aku. " 

Aina membuat muka pelik mendengar kata-kata Zafril. 

" Itu bermakna kau tidak dapat buat apa yang aku dapat buat. Aku fikir kau lelaki sejati, kalau lelaki sejati, tentu kau boleh selesaikan apa pun masalah yang timbul di sini. Mungkin sebenarnya kau boleh, tapi niat asal kau dah terpesong. Niat engkau nak suruh pelajar beratur berubah menjadi niat nak memikat pelajar perempuan. " Zafril tersenyum lagi mendengar gadis di hadapannya itu berkata-kata .

" Sudahlah, melayan karenah engkau tidak datangkan manfaat buat aku."

Tegas Aina menekankan setiap kata-katanya. Aina mengukir senyuman paksa untuk diberikan kepada Zafril dan kemudian mulai mengatur langkah meninggalkan jejaka itu di situ. Dia mengetap bibir. Hatinya berasa geram. 

"Sabar. Allah kata sabar, Aina. " Hatinya berbisik.

"Aina." Langkah kaki Aina terhenti apabila Zafril melaungkan namanya lagi. 

" Apa lagi? " Aina menoleh ke arah Zafril dengan mata yang membulat. Seakan-akan hendak menerkam jejaka itu. 

" Niat yang bagaimana yang diperlukan untuk berjaya dalam setiap perbuatan? " Zafril mengutarakan soalan. Aina menarik nafasnya perlahan. Kemudian, gadis itu menoleh ke arah lain sambil tersenyum kecil. 

" Aku ingat dia takkan kisah pasal perkara yang dianggap remeh oleh sebahagian orang." Aina berbicara dengan hati kecilnya sendiri.

" Boleh kau beritahu? " Suara Zafril membuatkan Aina berpaling semula ke arah jejaka tersebut. Dengan lagak muka yang serius, Aina kelihatan cuba mengawal dirinya daripada tersenyum.

" Niat melakukan segala perkara dalam hidup kita kerana Allah. Meletakkan Allah di atas segala-galanya."

Zafril mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar jawapan dari gadis bertudung labuh itu. Niat kerana Allah. Inilah kali pertama Zafril mendengar orang memberikan jawapan seumpama itu kepada dirinya. Mungkin benar kata Aina, niat kerana Allah pasti akan memudahkan segala urusan kerana Allah tidak pernah leka dan alpa dalam menentukan sesuatu bagi hambaNya. Jika niat kerana dunia, dunialah yang akan kita dapat.

" Terima kasih, Aina. " Aina tersenyum kecil mendengar ucapan terima kasih dari jejaka pujaan ramai gadis itu. Anehnya, inilah kali pertama Zafril mengucapkan terima kasih padanya dan lebih aneh lagi, inilah kali pertama Aina benar-benar serius dalam menjawab soalan yang diutarakan jejaka itu. Aina hanya tersenyum dengan perasaan aneh itu dan menyambung langkahnya menuju ke kelas.

" Niat kerana Allah." Hati Zafril berbisik. Fikirannya masih pada jawapan Aina. Dia memerhati gelagat beberapa orang pelajar di hadapannya yang asyik menikmati keropok ikan. Kemudian, Zafril tersenyum sendiri. Apakah mimpi ucapan terima kasih pada gadis yang selama ini tidak berhenti menyakiti hati? Zafril menoleh ke kiri dan ke kanan, bimbang andai sesiapa terlihat dia tersenyum sendiri.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, 
dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. 
Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, 
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. 

Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, 
atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, 
maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

* * *

Aina sedang asyik membaca buku yang berjudul Langit Ilahi hasil karya Hilal Asyraf. Dia begitu khusyuk sekali membaca sehingga tidak menyedari Zahrana meninggalkan dirinya bersendirian di bawah pokok. Aina dan Zahrana memang sering meluangkan masa untuk belajar atau berkongsi cerita di bawah pohon rendang yang terdapat di taman rekreasi berhampiran dengan kampung mereka. 

" Best betullah buku Hilal Asyraf ni. Tak rugi aku beli. " Aina mengomel sendirian. Buku Langit Ilahi itu diletakkan dalam beg sandangnya yang berwarna hijau.

" Ke mana perginya Zahrana? " Aina baru menyedari sahabat baiknya tiada di situ. Matanya melilau ke segenap penjuru mencari kelibat Zahrana. Aina melihat ke arah beg Zahrana. Beg gadis berlesung pipit itu masih elok tersimpan kemas di atas rumput, buku gadis itu juga masih ada di situ. Aina bergerak mendekati beg Zahrana dan mendapati ada nota kecil di situ.

" Aina, saya balik rumah sekejap sebab nak pergi tandas. Awak jangan pergi ke mana-mana ya. Allah kan ada. " Aina tersenyum setelah membaca nota kecil yang bercorak kartun Crayon Shin Chan itu. 

" Macamlah kat sini tak ada tandas. " Aina berbicara sendiri sambil ketawa kecil. Dia menghela nafas yang panjang mengenangkan perangai Zahrana. Tidak pernah dibuat orang balik ke rumah walaupun berhampiran lokasinya namun agak jauh semata-mata untuk ke tandas sedangkan di taman itu ada tandas yang disediakan untuk pengguna. Aina mengemas buku Zahrana dan menyimpan buku sahabatnya itu ke dalam beg yang sejak tadi tergeletak di atas rumput. 

" Telefon dia terlupalah. " Aina menggaru kepalanya sendiri tatkala terlihat telefon Zahrana yang tersembunyi di sebalik buku. Aina mengambil telefon itu dan mendapati ada beberapa panggilan yang tidak dijawab oleh Zahrana. 

" Ya Allah, sembilan kali panggilan tidak berjawab. " Aina menekup mulutnya ketika melihat paparan skrin yang menunjukkan panggilan tidak berjawab sebanyak sembilan kali. Aina memeriksa telefon bimbit gadis itu. 

" Iskandar? " Aina mengangkat keningnya. Aina tidak tahu Zahrana mempunyai kenalan bernama Iskandar. Siapakah Iskandar? Perasaan aneh menyelubungi hati Aina secara tiba-tiba. Dia tidak tahu antara mereka berdua rupanya ada rahsia. Zahrana tidak pernah memberitahu tentang kenalannya yang bernama Iskandar ini. Selalunya Aina dan Zahrana berkongsi semua cerita sehingga langsung tiada rahsia antara mereka berdua. Aina membuka bahagian mesej di dalam telefon bimbit itu. Dia bimbang seandainya lelaki bernama Iskandar itu berniat tidak baik pada Zahrana.

" Allah. " Aina menarik nafas demi nafas saat membaca mesej-mesej antara Zahrana dengan lelaki bernama Iskandar itu. Air matanya menitis. Mutiara jernih itu perlahan menuruni pipi yang gebu. Rupanya lelaki itu kekasih Zahrana. Mengapa Zahrana tidak pernah memberitahu dirinya? Apakah takut hubungan mereka dihalang oleh Aina? Kenapa Zahrana menjalinkan hubungan dengan jejaka itu di saat dia faham apa status hubungan itu di sisi Islam? Bukankah Zahrana gadis yang aktif mengikut usrah dan seringkali diingatkan oleh murabbinya tentang bahaya cinta sebelum nikah? Sudah lupakah dia firman Allah dalam surah Al-Isra ayat 32 di mana Allah berkata jangan engkau dekati zina? Aina menangis semahu-mahunya. Dia tidak rela sahabat kesayangannya menjadi najis kepada perjuangan dakwah dan tarbiyah itu sendiri tatkala dia sangat memahaminya. Aina membaca mesej terakhir dari lelaki bernama Iskandar itu.

" Awak jangan lama-lama ya. Saya tunggu awak di taman petang ni. Pukul 4.00 petang ya. Ini kali pertama kita jumpa berhadapan, saya harap awak okay. Pandai-pandailah awak buat alasan dengan kawan awak tu. Okay sayang. Bye. Assalammualaikum. " Hati Aina semakin terhiris membaca mesej yang terakhir. Telefon bimbit Zahrana dicampak jauh. Aina meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Hatinya sayu, jiwanya sendu.Tergamak Zahrana menipu demi untuk bertemu kekasih gelapnya itu.

" Sampai hati kau tipu aku, Zahrana. " Aina terus menangis. Aina tahu dia perlu melakukan sesuatu. Aina bangkit dari tempat dia bersimpuh akibat menangis. Dia bertekad untuk mencari Zahrana. Taman itu bukannya besar sangat. Dia yakin dia akan dapat menemui Zahrana dan dapat bersemuka dengan Iskandar. Aina membuka langkah. Saat kaki mengatur langkah demi langkah, matanya tajam melilau mencari Zahrana. 
Di manakah dia? 

" Mana kau Zahrana? " Hati Aina bersuara sayu. Air mata tidak berhenti mengalir. Pengunjung di taman itu menjadi hairan melihat Aina merayau-rayau ke sana-sini sambil menangis. Aina menarik nafas perlahan. Dia tahu dia perlu bertenang dalam perkara seperti ini. Tenanglah wahai hati. Tenanglah.

" Aku sayang engkau kerana Allah." Hati kecil gadis itu berbisik. Air matanya membasahi tudungnya yang berwarna ungu. 

" Allah ada, Aina. Ingatlah Allah, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan." Bisik hati kecilnya lagi. Aina melihat pemandangan di hadapannya. Pokok-pokok ciptaan Allah kukuh berdiri menghiasi bumi. Aina tunduk memandang kakinya. Dia memejamkan matanya buat seketika.

" Awak luculah." Aina membuka matanya perlahan saat terdengar suara itu. Dia mencari punca suara itu. Aina menoleh ke sebelah kirinya. Terdapat sebatang pokok besar dan ada sebuah kerusi panjang disediakan di bawah pokok itu. Aina mengecilkan matanya, cuba mengenali susuk tubuh yang duduk di kerusi panjang tersebut..

" Tak apalah. Lama lagi. Baru pukul 4.35 petang." Itu suara Zahrana. Aina kenal benar dengan suara itu. Aina kenal benar dengan susuk tubuh yang sederhana itu. Itu memang Zahrana. Aina menghampiri pohon besar itu. Tepat seperti tekaannya, Zahrana sedang duduk di situ dengan seorang jejaka. Tentu lelaki itulah yang bernama Iskandar. Aina menekup mulutnya, menghalang dirinya daripada menjerit memarahi Zahrana. Sesiapapun yang melihat seorang wanita bertudung dalam keadaan seperti itu, pasti akan bersangka buruk dan itu akan menimbulkan fitnah pada kaum hawa yang menutup aurat. Aina menjadi malu melihat sahabat karibnya yang selama ini aktif berusrah, mengikuti program keagamaan, dan sering memberi nasihat kepada adik-adik yang lebih muda di sekolah kini menconteng arang dan mencemarkan perjuangan dakwah itu sendiri.

" Zahrana. " Sayu suara Aina menyebut nama itu.

Zahrana menoleh ke belakang dan terperanjat ketika melihat Aina berdiri di situ. Zahrana menjadi gelabah dan tidak tentu arah. Dia segera bangkit dari kerusi dan menjauh dari Iskandar. Iskandar yang hairan melihat Zahrana bertindak sedemikian turut menoleh ke arah belakang. 

" Aina. " Suara gadis ayu itu masih lembut mengalunkan nama Aina. Tapi suara itu penuh dengan ketakutan dan perasaan terkejut. Aina dapat merasakannya. Suara itu tidak seperti selalu, ikhlas ketika menyebut nama Aina. Aina hanya memandang wajah Zahrana dengan pandangan kosong. Dia cuba menahan diri daripada bertindak melulu. Memang dia marah, marah dengan kelakuan Zahrana. Marah kerana Zahrana mencemarkan dakwah yang diperjuangkannya. Aina memalingkan wajahnya seketika. Menarik nafas untuk meredakan marahnya.

"Kau yang bernama Iskandar? " Aina menudingkan jari telunjuknya pada jejaka yang berdiri di sebelah Zahrana. Jejaka itu sedikit kecut mendengar suara lantang Aina. 

" Aku tanya pada engkau. Aku rasa engkau tidak bisu. " Kali ini suara Aina kedengaran lebih menakutkan. Jauh lebih lantang dan tegas. Mujur tiada sesiapa lagi di kawasan itu melainkan mereka bertiga.

" Ya. Saya Iskandar. " Aina menarik nafas mendengar jawapan lelaki itu. Zahrana tunduk menekur tanah, diam seribu bahasa. 

" Aku tidak tahu nak cakap apa. Semua ini berlaku di luar dugaan aku. Orang yang selama ini aku sangkakan betul-betul serius dalam dakwah dan tarbiyah, rupanya menjadi duri dalam perjuangan ini. Nak ceramah pun tak guna sebab dia sendiri dah faham. Aku doakan kalian berdua mendapat hidayah Allah. Aku minta maaf jika terkasar bahasa. Assalammualaikum. " Aina membuka langkah meninggalkan tempat itu. Air matanya laju menitis. Dia tidak mampu menahannya lagi.

"Aina, maafkan saya Aina. " Zahrana menjerit dari jauh. Dia terduduk di atas rumput. Air matanya juga laju menitis. Mengenangkan perbuatannya pada Aina, sahabat baiknya sendiri. Zahrana dapat merasakan Aina sangat kecewa dengan dirinya. Aina sangat marah dengan perbuatan Zahrana yang mendekati jalan zina. Zahrana bingung. Iskandar pula meraup wajahnya dengan tangan. Dia juga bingung dan tidak tahu apa harus dilakukan.

" Minta maaf dengan Allah, bukan aku. " Dari kejauhan, Aina melaungkan jawapan. Ayat yang meluncur keluar dari mulut Aina membuatkan hati Zahrana tersentap. Zahrana terus membisu. 

"Ya Allah, ampuni aku. " Air mata Zahrana terus menitis. Terasa harapannya semakin tipis untuk kembali bersahabat dengan Aina. Dia sangat malu. Sungguh dia malu. Dia bingung bagaimana mahu berhadapan dengan Aina. Zahrana juga lebih bingung dan lebih malu untuk terus aktif di jalan dakwah seandainya orang lain tahu tentang perkara ini. Zahrana pasrah. Benarlah Allah masih menyayangi dirinya. Baru sekali dia berjumpa dengan Iskandar tetapi Allah telah menggagalkan pertemuan pertama itu melalui Aina. Benarlah Allah sangat menyayangi hambaNya.

" Akulah yang menzalimi diriku sendiri. " Hati kecil Zahrana berbisik.

Surah Al - Isra : Ayat 32

Dan janganlah kamu menghampiri zina, 
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji 
dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

* * *    

Zahrana kekal membisu sejak pagi tadi. Suasana yang bising di dalam kelas Tingkatan Enam Atas itu langsung tidak mampu meredakan rasa sendu di hatinya. Tidak mampu membuang perasaan bersalahnya. Perasaan sebagai seorang pendosa yang tiada noktahnya. Zahrana tidak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh Aina. Sewaktu Aina mengetahui perkara yang disembunyikan dirinya, Aina kelihatan sangat marah dan sungguh kecewa. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku pada pagi ini. Aina bertindak seperti biasa, tetap menegur dan tersenyum pada dirinya. Cuma Zahrana perasan, ada sendu di sebalik suara ceria Aina. Ada sayu di sebalik senyum lebar Aina. Senyumnya ikhlas. Zahrana dapat merasakannya.

" Zahrana, kau kenapa? " Teguran Zafril membuatkan lamunan Zahrana terhenti.

" Tak ada apa-apa. " Zahrana memalingkan wajahnya ke arah lain dan berusaha untuk mengesat air matanya.

Zafril yang berdiri di hadapan Zahrana berpeluk tubuh. Mustahil gadis ini tiada apa-apa. Masakan dia menangis jika dia tiada masalah. Zafril terdiam seketika. Pagi tadi Zafril menyedari Aina agak diam semasa bertugas mengambil kehadiran pengawas. Tidak seperti selalu, Aina biasanya merupakan antara pengawas perempuan yang paling mesra memberi salam pada guru-guru dan sangat ramah ketika berjumpa dengan pelajar-pelajar yang lebih muda. Tetapi pagi ini Aina tidak seperti itu. Gadis itu masih tersenyum ketika disapa, namun senyumnya itu tidak ceria seperti biasa. Dia agak sugul dan bermuram durja.

" Apa masalah ini ada kaitan dengan Aina? " Zafril cuba meneka. Zahrana agak terkejut dengan pertanyaan Zafril. Wajah jejaka itu direnungnya dalam.

" Jika ya, apa engkau mampu menolong? "

Pertanyaan Zahrana itu dibalas dengan senyuman meleret dari Zafril. Sudah lama dia ingin sekali berurusan dengan Aina. Bukannya dia tidak pernah berurusan dengan Aina, tetapi Aina sendiri yang enggan berurusan dengan dirinya. Jika mereka berdua ditugaskan untuk bekerjasama dalam mengendalikan sesuatu perkara, pasti akan terjadi pergaduhan. Selalunya pergaduhan itu berpunca dari sikap Zafril yang membuatkan Aina pantas membidas dan mencari kelemahan jejaka itu.

" Apa yang aku boleh tolong? "

" Tolong tanyakan pada Aina, apakah dia sudah memaafkan aku? Bilang padanya, aku benar-benar meminta maaf. Aku ingin persahabatan kami menjadi seperti dulu. Sungguh aku benar menginginkannya. "

" Baiklah. Aku akan cuba. Dengan izin Allah. " Zafril tersenyum. Zahrana mengerutkan keningnya. Zafril menyebut dengan izin Allah? Sejak bila jejaka romeo itu bertukar menjadi seorang ustaz?

" Kenapa buat muka pelik? Tak biasa dengar aku sebut dengan izin Allah? "

" Ya. Kenapa tiba-tiba? " Zahrana menyoal kembali. Matanya tidak berkelip memandang Zafril.

"  Hidayah Allah. " Jawab Zafril ringkas. Zahrana masih kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Mungkin itu memang hidayah Allah tetapi perubahan ini berlaku secara tiba-tiba. Zahrana menarik nafasnya perlahan.

" Kau jangan tengok aku macam tu, Zahrana. Tundukkan pandangan. " Sekali lagi Zahrana terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Zafril. Kali ini mata Zahrana membulat, tidak percaya apa yang didengar oleh telinganya. Tundukkan pandangan? Jejaka itu menyuruh Zahrana menundukkan pandangan?

" Jangan terkejut Zahrana, memang sejak akhir-akhir ini Zafril begitu. Orang hendak jadi imam mudalah katakan. " Mariam, salah seorang rakan sekelas mereka menyampuk. Zafril hanya tersenyum mendengar kata-kata Mariam. Zahrana hanya terpinga-pinga, dan hanya mengangguk-anggukkan kepala sebagai tanda mengerti maksud di sebalik kata-kata itu.

" Bagaimana engkau boleh berubah? Apa engkau tidak takut tidak mampu istiqamah? " Zahrana mengutarakan soalan kepada Zafril.

" Istiqamah. Jika permulaannya terpesong, akhirnya juga kan terpesong. Justeru itulah pentingnya niat. Pokok segala daun amal. Jika niat salah, kita tidak akan mampu istiqamah. Berubah haruslah kerana Allah. Dan bagaimana aku boleh berubah, itu aku tidak tahu. Mungkin kawan kau tahu. " Zahrana hanya tersenyum kecil mendengar jawapan Zafril. Tentulah Aina yang dimaksudkan oleh jejaka itu.

" Walau hati sekeras batu, hidayah Allah tidak kira waktu. " Zahrana berbisik sendiri. Jika Zafril yang dahulunya jahil mampu berubah, kenapa Zahrana yang memang sudah terlibat di dalam dakwah ini perlu takut untuk meninggalkan kejahilan? Zahrana tersenyum sendiri. Dia yakin persahabatannya dengan Aina mampu dipelihara kerana persahabatan mereka bukan persahabatan biasa. Ikatan yang wujud itu berlandaskan cinta kepada Allah. Zahrana yakin Allah akan memperbaiki hubungan mereka menjadi seperti sediakala.Buktinya, Allah hadirkan Zafril untuk membantu memperbaiki hubungan persahabatan mereka di saat jejaka itu meniti titian perubahan. Benarlah hidayah itu milik Allah dan persahabatan mereka juga milik Allah.
 (Al-Qasas 28:56).

Sesungguhnya engkau ( Muhammad ) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.

* * *

Keadaan agak dingin buat seketika. Aina kekal di posisinya, tetap duduk di kerusi yang disediakan di dewan terbuka itu. Keadaan dewan terbuka yang agak lengang memudahkan Aina melayan perasaannya setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Zafril.

" Aku harap masalah antara engkau dan Zahrana akan selesai. Kasihan Zahrana. Aku yakin engkau tidak sekejam itu untuk membiarkan sahabat baik engkau diselubungi rasa bersalah. Bukankah engkau sendiri kata manusia tidak lari dari kesilapan, kerana manusia bukan sempurna? Dia sudah meminta maaf. Maafkanlah dia." Zafril memandang wajah gadis di hadapannya itu. Sesaat kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah seorang pelajar yang berbadan gemuk. Pelajar yang comel itu mengambil tempat duduk berhampiran dengan tempat Aina berlabuh. Pelajar itu mengeluarkan bekalan makanannya dan menikmati makanan di dalam bekas bekal tersebut sambil memerhati wajah Zafril yang sejak tadi meneliti tingkah lakunya. Zafril tersenyum kecil.

" Aku sudah lama maafkan dia. Jika tidak, aku pasti menjauhkan diri. Kesalahannya cuma kecil pada aku. Aku tidak kisah sangat. Cuma aku agak terkilan sedikit. Memang dia manusia biasa, tapi tetap ada beza antara engkau dan dia. Dia sudah lama faham Islam tetapi dia masih . . Ah ! Tak mengapalah. Tidak penting untuk aku ceritakan pada engkau masalah kami berdua. " 

" Aku tidak kisah apa masalah kalian berdua. Tetapi aku rasa ada baiknya engkau berterus-terang dengannya, cakap dekat dia kau sudah memaafkan dirinya. Supaya keadaan kembali seperti biasa. Tidaklah aku bingung melihat engkau bermasam muka dan bermuram durja. Dia pula menangis tak tentu hala. " Zafril mencebik bibir mengenangkan wajah Aina yang bermuram. Dia lebih rela dimarahi Aina daripada melihat gadis yang ceria itu bersedih hati. Gadis yang kini sedang berbicara dengannya, dia lebih rela gadis itu marah kerana marahnya tidak lama. 

" Aku akan berbicara dengannya. Usahlah engkau perbesarkan lagi masalah ini. Cukup setakat ini. Dan sejak bila engkau ambil berat pasal aku bermuram durja waktu bertugas? Aku fikir engkau lagi suka melihat aku bersedih. Sebab tak ada orang nak tegur kau bila kau buat salah. " Kening Aina terangkat. Wajah Zafril direnung tajam. Zafril tersenyum kecil. Gadis di hadapannya ini seolah-olah hendak menyiasat seorang penjenayah. Renungannya menusuk ke dalam hati.

" Salahkah aku ambil berat? " Zafril menyoal kembali. Kali ini soalannya diiringi dengan senyuman yang meleret dan matanya, penuh dengan keangkuhan. 

" Akan aku runtuhkan keegoan di mata kau itu. " Hati Aina berbisik sendiri. Tiba-tiba hatinya diserbu perasaan geram. Baru sebentar tadi dia serius berbicara dengan jeaka itu. Kini jejaka itu sengaja memancing amarahnya.

" Aku bukan sesiapa untuk engkau ambil berat." Bidasan Aina itu hanya membuatkan jejaka di hadapannya itu tersenyum lebar. Aina mencebik bibir. Matanya membulat, tangannya digenggam. Rasanya ingin sahaja dia menghadiahkan penumbuk di wajah lelaki itu. Biar tergugat sedikit ketampanan dan keangkuhan Zafril. Tampan? Langsung tidak. Angkuhnya yang banyak.

" Tetapi bagi aku, engkau adalah seseorang." 

" Poyo. " Aina mengecilkan matanya. 

" Jika aku poyo, salahkah aku untuk jatuh cinta? " Soalan Zafril membuatkan Aina terdiam. Apa? Jatuh cinta? Biar betul. Aina terus bangkit dari tempat duduknya dan matanya semakin bundar memandang wajah Zafril. Jejaka romeo itu berbicara tentang cinta dengan dirinya. 

" Tidak salah. Tapi . . . bukan dengan aku kan? " Zafril tersenyum dengan reaksi Aina.

" Jika dengan engkau, apa itu juga salah? " 

" Tidak. Aku tidak boleh. " Aina pantas menjawab. Hatinya mulai berdebar. Tangannya mulai gementar. Wajahnya terus tunduk memandang kakinya sendiri. Senyuman Zafril mulai pudar. Gadis ini takut berbicara soal cinta. Kenapa? Apakah salah untuk jatuh cinta? Apakah salah seorang gadis seperti Aina yang aktif di medan dakwah dicintai oleh lelaki sepertinya? Zafril tersenyum hambar. 

" Inilah yang membuatkan aku memilih untuk berdiam diri, Aina. Sudah lama aku memendam perasaan. Engkau tidak pernah perasan cara aku melayan engkau berbeza dengan yang lain."

" Ini bukan saatnya untuk aku bercinta. Belum tiba saatnya. " 

" Kau sudah cukup dewasa. "

" Belum. " Aina tegas menyatakan pendirian. Zafril terdiam. Dia tahu Aina tidak akan mengubah pendiriannya. Aina memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia tidak rela terus berhadapan dengan jejaka itu. Mungkin bagi Zafril usia 19 tahun itu sudah cukup dewasa tetapi bagi Aina, waima usianya sudah menjangkau 19 tahun, tugasnya masih banyak. Untuk bercinta, masih jauh dari fikirannya. Apatah lagi untuk menjalinkan hubungan cinta sebelum bernikah. Itulah antara perkara yang cuba dielakkan oleh Aina.

" Wahai hati. Takutlah pada Allah. " Bisik hati kecil Aina. Debaran jantungnya masih tidak menentu. Aina menoleh ke arah Zafril semula. Jejaka itu masih kekal membisu dan memandang wajahnya. Aina menggeleng-gelengkan kepala dan membuka langkah meninggalkan Zafril di situ.

" Aku menghormati keputusanmu. " Zafril berbicara sendiri sambil tersenyum hambar. Inilah wanita pertama yang berani menolak dirinya. Tetapi itulah yang istimewa tentang Aina. Sederhana dan berani. Zafril melabuhkan punggung di atas kerusi. Perlahan - lahan dia menarik nafasnya dalam-dalam. Matanya dipejamkan. Dia mengukir senyuman. 

" Aku yakin pada Allah. " bisik hatinya . 

Rasullulah SAW. Berpesan;

“cintailah sesuatu itu dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci, dan bencilah sesuatu yang tidak kamu ketahui dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai 

(H.R. Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, dan Ibnu Majah, dari Abu Hurairah)

* * * 

" Saya fikir awak tak nak berkawan dengan saya lagi. " Suara Zahrana masih lembut seperti selalu. Wajah sahabatnya dipandang dengan penuh kasih sayang. Aina ketawa kecil. Wajah Zahrana ditatap dengan kening terangkat.

" Apa yang membuatkan kau fikir aku tak nak kawan dengan kau? " 

" Hari itu awak nampak sangat marah dan kesal dengan saya. " Suara Zahrana sedikit kendur. Wajahnya kelihatan sedikit kesal.

" Hari itu memang aku marah. Tetapi kita kan kawan. Kalau tak ada marah, bukan sahabat namanya. Aku okay saja. Tapi engkau mesti janji jangan ulang lagi perkara yang sama. Di saat kau faham Islam tapi kau masih buat apa yang dilarang, aku juga terlibat sama sebab tidak mencegah kawan baik aku. Nanti kau tarik aku masuk ke neraka bersama. Aku tak nak macam tu. Kalau betul engkau nak merasa dicintai dan bagaimana rasanya bercinta, kahwin saja. Habis cerita. " Mendengar kata-kata Aina, Zahrana lantas mencubit pipi sahabat baiknya itu.

" Aduh! " Aina mengaduh. Zahrana menahan ketawa. Biar padan muka Aina. 

" Apa awak ingat senang nak kahwin macam itu saja? " Zahrana menyoal kembali. Aina menggosok-gosok pipi kanannya yang dicubit oleh Zahrana. Mulutnya dimuncungkan sebagai tanda tidak berpuas hati. Zahrana tersenyum lebar. 

" Janji jangan buat lagi perkara tu. " Aina bersuara tegas. Dengan kening terangkat, dia memandang wajah Zahrana dengan pandangan serius.

" Saya janji. Janganlah risau. " Zahrana masih tersenyum. Aina menoleh ke kiri dan kanan. Para pelajar masih berpusu-pusu dalam perjalanan menuju ke pintu pagar sekolah. Waktu balik adalah waktu di mana pelajar tidak sabar hendak sampai ke rumah dan menjamu selera masakan ibu mereka. Begitu jugalah dengan Aina. Dia terbayangkan ayam masak merah yang merupakan makanan kegemarannya sedari kecil lagi.

" Kenapa ya awak dapat maafkan saya? Jika orang lain, pasti sukar mereka nak maafkan saya atas perbuatan saya yang sangat mengaibkan itu. " 

" Nak tahu kenapa? " Zahrana mengangguk-anggukkan kepala sebagai tanda mengiyakan soalan Aina. Wajahnya setia menunggu jawapan.

" Sebab aku sayang kau kerana Allah. " Jawapan yang maha ringkas itu cukup bermakna buat Zahrana. Aina memeluk bahu sahabatnya itu sambil bersenandung riang. Zahrana tersenyum. Benarlah hubungan yang didasarkan atas iman dan takwa akan kekal walau apapun rintangan mendatang.

" Saya pun sayang awak kerana Allah. " Hati Zahrana hanya mampu berbisik mengungkapkan ayat itu. Dia belum mampu menjadi sekuat Aina, yang bisa mengungkapkan ayat itu dengan berani. Ayat itu perlukan bukti dan Aina sudah membuktikannya. Kata-kata sahaja tidak cukup untuk menterjemahkan keindahan ayat " Aku Sayang Kau Kerana Allah." 

" Kerana Allah semuanya akan jadi mudah. Allah ada di setiap langkah kita.Waima cinta sekalipun, Allah akan hadirkan orang yang tepat pada saat yang tepat , saat di mana hatimu sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai teman hidup seorang suami. " Aina tersenyum dengan kata-katanya sendiri. Dia sendiri tidak tahu bilakah saatnya dia akan bersedia untuk itu. Yang pasti, sekarang bukan saatnya. Dari kejauhan, Aina terlihat Zafril sedang berdiri di pintu pagar sekolah.  Langkah Aina menjadi perlahan, hatinya berdebar dan wajahnya tunduk. Zahrana menjadi hairan melihat kelakuan Aina. Zahrana memandang ke hadapan dan mendapati Zafril sedang mengatur langkah mendekati mereka berdua.

" Assalammualaikum. " Zafril mengucapkan salam. Serentak Aina dan Zahrana menyambut salam.

" Ada apa? " Soal Zahrana. 

" Nak bagi surat ini pada Aina. " Aina mengangkat wajahnya dan memandang wajah Zahrana sebelum pandangannya singgah pada sepucuk surat di tangan Zafril.

" Ambillah. " Ujar Zafril. Aina kelihatan teragak-agak untuk mengambil surat tersebut. Namun digagahi jua tangan kanannya menyambut huluran tersebut. Aina tersenyum nipis dan merenung surat berwarna putih itu. Apakah isi kandungannya? 

" Terima kasih. " Perlahan suara Aina mengucapkan ucapan terima kasih kepada Zafril. Zahrana hanya tersenyum kecil. Dia hampir terlupa Aina juga merupakan seorang gadis. Sudah tentu Aina ini mempunyai rasa malu di saat seorang jejaka memberikan surat kepadanya. Namun anehnya di sini, Zahrana amat sinonim dengan perangai Zafril dan Aina yang ibarat kucing dengan anjing. Pantang bertemu, pasti ada sahaja benda yang akan menjadi punca mereka bergaduh. Bagaimana pula ajaibnya pada hari ini, mereka berdua boleh bertemu dalam keadaan yang sungguh harmoni seperti ini? Zahrana menahan senyum yang semakin ingin melebar. 

" Sama-sama. " Zafril membalas selepas diam buat beberapa saat. Jejaka itu mengatur langkah menuju ke pintu pagar semula. Aina merenung surat di tangannya. Dia membuka sampul surat dan membaca surat itu. Zahrana menggeleng-gelengkan kepalanya. Perlukah gadis itu membaca surat itu di situ juga? 

Assalammualaikum Aina. Terlebih dahulu aku minta maaf sebab mungkin aku sudah buat kau berkecil hati tetapi sejujurnya itulah rahsia yang aku simpan selama ini. Aku tidak pernah meluahkannya pada engkau sebab bimbang engkau menolak. Aku faham kenapa engkau menolak. Engkau merasakan belum tiba masanya untuk engkau menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Aku juga faham engkau tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum bernikah. Kita berdua jauh berbeza, bagai langit dengan bumi. Aku dikelilingi ramai perempuan dan engkau pula, ke sana sini demi agama. Jauh berbeza, bukan? Namun aku rasa belum terlambat untuk aku berubah. Aku sering berfikir tentang apa yang telah engkau katakan padaku. Niat kerana Allah. Justeru aku cuba berubah dengan niat itu. Aku yakin aku boleh tetapi aku tidak yakin aku boleh memiliki engkau atau tidak. Aku tidak pernah serius dengan mana-mana gadis sebelum ini. Aku ini digelar engkau sebagai Mat Romeo tetapi aku berniat untuk menyunting engkau suatu hari nanti. Aku tidak bermain-main dengan kenyataan ini. Suatu hari nanti, aku akan datang menemui wali engkau sendiri. Di saat itu aku harap engkau bersedia untuk alam percintaan di alam perkahwinan. Aku akan menyambung pelajaranku di madrasah selepas tamat tingkatan enam selama setahun dan kemudian menyambung pengajian di Surabaya , Indonesia selama tiga tahun. Selepas itu, aku akan kembali ke sini. Dengan izin Allah, semuanya akan menjadi mudah dan jika benar hati kau memang akan disatukan dengan hati aku, aku mohon agar Allah sentiasa memelihara hubungan kita. Aku berjanji sehingga itu, aku tidak akan mengganggu hidupmu lagi sehinggalah saat aku menemui walimu. Doakan aku. 

Yang benar
Zafril Aryan




" Allah. " Hanya perkataan itu yang mampu disebut oleh Aina setelah membaca surat itu.Gadis itu tersenyum kecil. Dia melipat surat itu dan menyimpannya semula di dalam sampul. Zahrana mengangkat keningnya, sebagai tanda ingin tahu isi kandungan surat itu.

" Apa dia tulis? " Zahrana bertanya dengan suara mendesak. Dia tidak sabar ingin mengetahui isi kandungan surat tersebut. Aina hanya tersenyum dan Zahrana terus memuncungkan mulutnya. Sudah pasti Aina enggan memberitahu dirinya.

" Suatu hari nanti, engkau akan tahu." Aina mencubit pipi Zahrana. Zahrana menggeleng-gelengkan kepala dan dia pula yang menggosok-gosok pipi kanannya. Aina mengalihkan pandangannya ke arah pintu pagar sekolah. Dia memandang Zafril yang masih berdiri di situ, mungkin menunggu kereta ayahnya tiba untuk mengambilnya pulang dari sekolah. Aina tersenyum sendiri. Biarlah Allah menentukan segalanya, dia yakin ketentuan Allah jauh lebih baik dari perancangan manusia. Jika Zafril itu memang ditakdirkan untuknya, dia redha menerima jejaka itu seadanya suatu hari nanti. Dia hanya mampu berdoa yang terbaik dan berusaha merancang yang terbaik. 


“Allah SWT. berfirman, ”

" Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi)”.

 “La tahzan for Broken Hearted_ Asma Nadia”