Thursday, February 6, 2014

Murabbi Kechintaan

Assalammualaikum .

Petang yang dingin. Hari ini saya nak bawa topik pasal Murabbi. Murabbi yang bawa anak-anak usrah dia dan tebarkan cinta sesama mereka. Bukan senang menjadi seorang Murabbi. Banyak cabarannya . Terutama dalam membahagikan kasih sayang yang adil pada anak - anak usrah. Bila lebihkan yang seorang ini , yang di sana akan terasa hati, rasa dipinggirkan, rasa disisihkan. Itu lumrah, asam garam kehidupan seorang Murabbi. Bahagian yang paling osem, apabila seorang Murabbi berjaya mendidik anak-anak usrahnya untuk terus istiqamah di jalan dakwah dan tarbiyah ini, bahkan jika boleh, para Murabbi ingin anak usrah mereka menjadi jauh lebih hebat dari diri mereka sendiri.

" Kak, saya tak dapat turun usrah. Ada kerjalah."

"Saya nak pergi London. Pergi jumpa Harry Potter kat sana.Usrah saya bulan Disember fully cancel kak ! "

"Kak, saya nak teman mak pergi shopping beli barang raya.Jadi,saya tak usrah hari ini."

Gulp.

Sebenarnya, apabila kita memberitahu murabbi kita bahawa kita tidak dapat turun usrah, mereka sangat sedih sebenarnya. Sebab mereka nak bawa kita semakin dekat dengan Allah tetapi ada sahaja perkara yang menghalang. Kalau benar-benar ada kerja, mungkin masih boleh diterima dek akal. Tapi kalau semata-mata kerana nak shopping beli baju raya plus selendang bawal yang up to date atau pergi bercuti ke London selama sebulan hanya kerana nak berjumpa dengan Harry Potter yang digilai sangat tu, rasanya tak berbaloi.
Rasanya baik duduk rumah makan ulam buah mempelam dan sambal belacan. Lagi osem.

" Kak , saya nak bawa adik saya waktu usrah nanti sebab tak ada orang jaga dia "

"Kak, saya tak dapat usrah hari Sabtu ini, boleh tak kita tunda usrah kita ke hari Ahad sebelah pagi?"

"Kak, saya tak dapat nak gerak ke Masjid Annur. Boleh tak kita berbulatan gembira di tepi sungai jer?"

Ayat macam ini okay lagi. Sekurangnya masih ada usaha untuk hadir usrah di situ. Murabbi pasti akan gembira sebab dia tahu anak usrah dia bersungguh nak perbaiki diri waima murabbi itu sendiri perlu susah payah untuk mengatur jadual usrah, lokasi dan membahagi tugasan untuk anak usrahnya.

" Akak rasa nak bawa kamu semua berbuka puasa di Sugarbun ."

Ayat ini paling saya suka . Hehehe .

Murabbi pun sanggup bawa anak-anak usrah dia pergi berbuka di situ sebab dia tahu itu pasti akan gembirakan anak usrah dia lebih - lebih lagi bagi mereka yang suka makan. Walhal, kos makan di situ bukannya murah. Tapi kebersamaan itu mesti dapat dirasakan waktu bersama murabbi terchenta.

"Jom ambil gambar. Buat kenangan kita ."

Bila Sang Murabbi sudah berkata begitu, anak usrah dia yang memang suka bergambar terus teruja , seperti kera mendapat bunga, bersiap sedia untuk bergambar. Yeah. Cool.Siap buat tangan gaya Peace lagi tu bah.

Paling sedih .

Bila kita tengok murabbi kita sedih, kita hanya mampu melihat dan tak dapat nak buat apa-apa. Sedangkan waktu kita sedih, dia selalu nasihatkan kita. Murabbi pun manusia, ada perasaan , ada masalah, sebab tu dia boleh menangis waima dia seorang murabbi. Dia murabbi , bukan nabi. Waima nabi pun boleh menangis ingatkan umatnya. Apatah lagi seorang murabbi. 

Bila saat anak usrah dia bergaduh .

Dialah yang akan panggil anak usrah dia untuk tahu hal sebenar. 

" Jangan kasar. Jangan mengumpat. Layan dia macam sahabat biasa, macam kamu layan kawan yang lain."

Yeah . Naqibah saya yang osem . 

Lagi hebat dari Mr Hulk warna hijau . 

Akak , saya sayang akak . 

Semoga akak tak jemu didik kami supaya jadi macam akak . :')

Lillahi Taala .




No comments:

Post a Comment