Assalammualaikum.
Bersua lagi kita dalam ruangan manisnya kurma ini. Eh T_T . .
Merepek.
Saja nak buat saspens sikit . hew hew hew
Back to topic .
Pejuang .
Merepek.
Saja nak buat saspens sikit . hew hew hew
Back to topic .
Pejuang .
Pejuang selalu dikatakan berani. Pejuang selalu dikatakan tegas. Pejuang selalu dikatakan rela berkorban untuk apa yang diperjuangkannya. Pejuang merupakan mereka yang tegas. Namun kita tidak pernah dengar pejuang yang manja.
" Saja dia ini buat cerita. Kalau manja mana boleh jadi pejuang. " Kata Cik Cempedak sambil kelip-kelip mata.
Kenyataan itu ada betulnya, dan ada salahnya.
Yang betulnya memang untuk berjuang, kita tidak boleh dikuasai kemanjaan yang melampau sehingga mengalahkan Encik Kucing Putih di rumah saya.
Yang salahnya, bila berjuang, itu tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mempunyai sedikit pun sikap manja.
Di sini kita lihat melalui konteks yang adil dan saksama ibarat seorang hakim sedang menghakimi gaya bahasa dan ketelusan idea spontan serta bidasan seorang pembahas di dalam pertandingan bahas.
" Ehem ! Kita di sini bukan nak berbahas ya. " Ujar Puan Latipah Omar .
Ya Cik Puan . ( sambil buat muka sedih )
Manja yang saya maksudkan ialah manja yang bertempat. Bukannya manja yang keterlaluan sehingga membuatkan pak cik guard di kawasan perumahan lari ketakutan setiap kali kita lalu. Sampai kasut pun minta orang pasangkan untuk dia. ( Too much) Padahal umur sudah boleh jadi mak dan bapak budak. Eh Eh.
Manja yang buat mak asyik gelengkan kepala bila Sally ( nama dalam IC : Salimah Binti Osman) menjerit dari dalam bilik.
" Mummy, baju sekolah tak seterika lagi. Please help me mummy. Sally feel tired. Lepas ni nak makan pulak yer mummy. "
Ehem Cik Sally. Dah besar kan? Seterikalah sendiri. Dan makanan tu, takkan dia nak berlari pergi pada cik Sally. Nak susahkan mak pulak .
Apa awak ingat mak awak tu orang gaji awak?
Banyak cantik muka.
Rejected buat calon adik ipar.
Di saat hendak berbulatan gembira dengan murabbi terchenta.
" Akak tak acilah. Layan dia saja. Tahulah dia tu anak usrah kakak yang baru. Janganlah pilih kasih. " Cik Peah komentar sambil memuncungkan mulutnya.
Dan bila murabbi dia sudah layan dia . . .
" Kak, saya tak naklah bawa usrah lagi. Susahlah bawa anak usrah."
" Saya malas kak nak pergi jaulah dan daurah jauh-jauh. Kalau tidur di asrama budak, tempat mandi kena kongsi dan tandas kena tunggu giliran. Alaaa tak nak macam tu. Kat rumah bilik mandi khas untuk saya seorang dalam bilik. Dan mak sediakan tuala sebelum mandi "
T_T .
Sila beri saya duit untuk beli salotepp .
Saya nak salotep mulut Cik Peah ini. Hiperbola pulak dia T_T .
Inilah manja yang tidak bertempat. Islam tidak perlukan orang seperti ini untuk perjuangkan yang hak. Masih banyak lagi yang akan perjuangkan Islam di saat kamu memanjakan diri kamu dengan perkara yang tidak penting. Masalah berkongsi bilik mandi misalnya. Itu adalah masalah kecil, janganlah diperbesar. Ada masalah yang jauh lebih besar dari itu, kawan.
Masalah umat.
Dan memikirkan strategi untuk bawa umat kembali pada Islam.
Masalah ini lebih penting dari cat kuku Cik Catwoman yang menghalang wuduk.
Masalah ini lebih penting dari memanjakan diri dengan kemewahan.
Masalah ini lebih penting dari sekadar ada ayah yang tolong bukakan pintu kereta untuk Cik Tupai.
Masalah ini lebih penting daripada menangis hanya kerana mak tak nak bagi duit untuk beli pashmina baru.
Saya masih ingat suatu kata - kata dari seorang cerdik pandai.
Jalan tarbiyah dan dakwah ini tidak memerlukan pejuang yang manja dan tidak berani menempuh cabaran.
Jalan ini tidak memerlukan pejuang yang lembik dan lemah.
Lembik dan lemah?
Manja dan pengecut ?
Fahamkah kita di situ?
Jalan dakwah dan tarbiyah ini penuh liku , penuh duri . Dan kita juga sedia maklum Islam itu akan kembali asing di akhir zaman dan ianya telah pun terjadi. Di sinilah orang akan mengecam dakwah kita, menghalang proses tarbiyah kita bahkan mungkin sampai ke tahap cuba membunuh kita.
Mampukah pejuang yang manja dan lembik menghadapi semua ini?
Tidak mungkin dia mampu.
Jika seterika baju sendiri dia tidak mampu.
Pergi ke dapur untuk makan pun tidak mampu.
Ikat tali kasut pun suruh ibu ikatkan.
Dan kata murabbi enggan diikut hanya kerana terlalu manja.
Saya tidak kata manja itu salah . Aisyah juga manja dengan Nabi Muhammad.
Tapi manjanya bertempat.
Jadi lepas ini kita sama- sama aplikasikan sifat manja di keadaan yang sesuai.
Supaya kita tidak menjadi ibarat si luncai yang tenggelam dengan labunya.;
Okay set ( Kelip-kelipkan mata anda )
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment