Wednesday, February 5, 2014

Teks Bahas Ketua Menteri

Assalammualaikum . 

Kali ini saya hendak berkongsi contoh teks bahas dengan kalian . Mana tahu ada antara kalian yang memerlukan . Di belog lama hamba juga hamba ada letak . Harap dapat membantu kalian yang memerlukan contoh teks bahas sebab format teks bahas ini ialah format sewaktu saya masih bergelar seorang pembahas di Sekolah Menengah dahulu . 

Teks  Perbahasan Ketua Menteri
Pembangkang  Pertama 

·         Bismillahirahmanirahim

·         Assalammualaikum dan salam sejahtera  saya ucapkan buat Tuan Pengerusi  Majlis , Barisan Panel  Hakim  yang bermahkotakan keadilan,penjaga masa yang setia dengan masanya ,pihak pencadang,serta sidang intelektual sekalian .

·         Sebelum bibir menutur bicara , molek kiranya saya tadahkan bidasan bagi meranapkan hujah rapuh pihak pencadang .

·         Bangkitnya  Yang berhormat pencadang pertama sebentar  tadi telah menjulang  2 kata kunci iaitu____________________________________________________________dan _____________________________________________________ .


·         Bidasan saya mudah tapi kukuh dan padat .___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
·         ________________________________________________________________________________

·         Selesai sudah bidasan ,kini saatnya bagi saya untuk menegaskan pendirian pihak   kami iaitu membangkang sepenuhnya tema kita pada hari ini iaitu “ BAHASA  IBUNDA  ADALAH  LEBIH  BERKESAN  SEBAGAI  BAHASA  PENGANTAR  DALAM  PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN SAINS  DAN  MATEMATIK .

·         Kulawangsa dewan yang saya hormati

·         Izinkan saya mendefinisikan TEMA kita pada  hari ini secara konseptual  agar  yang  gelap segera terang dan yang kusut segera terurai .

·         Menurut Ahli Falsafah terkemuka China , Laozi , Bahasa Ibunda merujuk kepada  bahasa yang dipelajari oleh seseorang sejak lahir.

·         Menurut  Tokoh  Bahasa Terkemuka , Datuk  A. Samad Said , frasa ADALAH bermaksud  sesungguhnya dan sebenar benarnya .

·         Menurut  Pakar Motivasi terkenal ,Datuk Doktor Fadzilah Kamsah , rangkai kata LEBIH BERKESAN bererti  bertambah  dengan lebih baik dari sebelumnya .

·         Secara holisitiknya , kami selaku pihak pembangkang  menyimpulkan definisi ini sebagai BAHASA IBUNDA KURANG BERKESAN  SEBAGAI  BAHASA PENGANTAR  DALAM  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK .

·         Terungkai sudah definisi , kini tiba saatnya untuk saya menjulang hujah  perdana pihak kami .Hujah kami yang pertama berkata kuncikan frasa ___________________________.

Buktinya ,menurut Yng Amat Berhormat Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 MAC 2012 yang lalu ,penggunaan bahasa ibunda seperti bahasa cina dan bahasa tamil kurang berkesan dan  tidak sesuai kerana  tidak seiring dengan arus pendidikan yang kian moden dan canggih .

·         Buktinya lagi ,berdasarkan laporan berita harian ,bertarikh 12 Disember 2011,penggunaan bahasa ibunda yang tidak digunakan secara menyeluruh dalam subjek sains dan matematik membuktikan kepincangan bahasa ibunda dalam subjek-subjek asas tersebut .

·         Seterusnya ,hujah kami yang kedua ialah dalam konteks  Sains dan matematik bukanlah wahana bahasa .

·         Buktinya , menurut  Tun  Doktor Mahathir Mohamad pada 1 Januari 2012  ,untuk mencapai taraf pendidikan moden dan berkualiti , kita tidak boleh mengharapkan bahasa ibunda semata-mata kerana subjek sains dan matematik tidak berkaitan  dengan bahasa ,

·         Menurut beliau lagi ,menggunakan bahasa ibunda mampu menyebabkan proses pemahaman para pelajar sekolah dan juga university  terhadap subjek sains dan matematik terbatas dalam bahas ibunda sahaja dan tidak mampu memahami kedua-dua subjek tersebut jika diajar dalam bahasa lain di peringkat yang lebih tinggi.

·         Hujah telah pun saya lapah , bidasan telah pun saya tadah , jadi , selaku pembangkang pertama dari pihak kami , saya ingin menegaskan bahawa pihak kami tetap menolak sepenuhnya tema kita pada hari ini iaitu iaitu BAHASA IBUNDA LEBIH BERKESAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK .

·          Besarlah harapan kami pihak pembangkang agar tema kita pada hari ini ditolak .

·         Sekian , srikandi SMKKC mengundur diri .


Picture : Credit to Google Image 

Selamat maju jaya dalam arena perbahasan :) 

·         

No comments:

Post a Comment