Assalammualaikum .
Akhowat sering dikaitkan dengan perwatakan lemah lembut dan bersopan santun. Akhowat dikatakan punya tutur kata yang halus dan sejuk mata memandang. Seronok telinga mendengar katanya yang penuh hikmah. Ya! Itu memang benar tetapi tidak semua akhowat begitu. Ada juga jenis akhowat yang sempoi dan bersahaja. Bila bersuara, suaranya tidak seayu Heliza Helmi . Ramai yang berkata itu dan ini tentang akhowat yang garang ini.
" Pakai saja tudung labuh, masih juga garang dekat kita." Kata Encik Superman.
" Ukhti ini terlalu berani bersuara. Bukankah perwatakan wanita itu seharusnya pemalu dan sopan dalam menyusun kata ?" Encik Harry Potter mulai komentar.
Ehem - ehem Encik Harry Potter .
Apa Encik HP ingat akhowat ini perlu malu dan lemah lembut sepanjang masa ke?
And pembetulan okay. Malu itu perlu bertempat.
" Yalah , kan akhowat perempuan. Perlulah lemah lembut dan santun bahasanya. Taklah kita yang lelaki ini sendiri kecut perut dengan akhowat. " Kata Encik Cicakman.
Hei cicak. Diam . Tak padan diri cicak . Cis .
Alahai. Mungkin itulah antara kata-kata mereka. Memang wanita perlu punya sifat lemah lembut tetapi percaya atau tidak sifat lemah lembut itu memang semulajadi ada dalam diri wanita. Cuma ada wanita yang kita memang nampak sifat itu pada dia, dan ada yang kita tak nampak. Yang kita tak nampak kelembutan pada dia itulah kadang - kadang orang melabelkannya sebagai akhowat rock, akhowat ganas , dan seumpamanya.
" Uish, akhowat ganas tu datang. Lari ! " Jerit Encik Superman kepada Encik Voldermort dan Proffesor Dumbledore.
Zapppp ! Sekelip mata hilang .
Begitu hebat penangan gelaran akhowat ganas ni.
Kita sedar atau tidak, sebenarnya akhowat yang dicop ganas dan garang ini hanya garang kepada lelaki ajnabi sahaja. Jika anda perasan. Mereka bersikap dingin dan bersahaja bila berjumpa dengan lelaki dan bertukar menjadi Henshinnn !!!!!! Roarrr !!!! saat ada lelaki cuba memikat mereka . Jadi tidak perlu hairan jika akhowat atau muslimah sebegini wujud. Sebenarnya mereka sangat mesra dengan orang di sekeliling mereka dan kemesraan mereka terhad pada orang tertentu .
Jadi bilamana orang melabel kita sebagai akhowat ganas dan garang, jangan hairan.
" Ada akhowat yang berdiam diri saja bila diganggu lelaki sebab mereka tak berani melawan . " Ujar Cik Rose.
" Ada pula akhowat yang bila diganggu lelaki, hanya dengan jelingan dan renungan tajam mereka , lelaki itu terus kecut perut dan tidak berani menganggu. " Lapor Encik Melodi dari TV Arowana Firdausi.
Jadi kita mesti menerima perbezaan ini . Perbezaan di mana setiap orang ada gayanya tersendiri tidak kiralah lembut , garang dan ayu. Saya sendiri pernah merasakan diri saya tersisih hanya kerana saya ini jenis akhowat yang garang. Lebih garang berbanding para sepupu dan sahabat yang lain. Orang kata macam-macam. Dulu mungkin garang saya tidak bertempat ( buli adik) , tetapi saya rasa garang saya sekarang bertempat .( henshin ) gelak jahat .
Tapi segarang-garang seorang akhowat itu, dia tetap yang paling sayu. Macam saya, walau saya dicop garang dan brutal, sayalah paling cepat menitiskan air mata. Kawan saya yang lemah lembut pula mampu menahan air mata. Itulah kenyataan. Garang namun sendu. Eh apakah? T_T .
" Tak padan muka garang, tapi kuat nangis . Apalah. Gelakkan dia cepat. " Cik Catwoman lantas ketawa dengan nada jahatnya.
Hei Cik Catwoman. Menangis itu tandanya ada perasaan. Masih ada hati. Daripada tak nangis langsung , maknanya hati dah keras. Hah. Hambik kau .
Jadi sayangku sekalian, jika diberi gelaran akhowat ganas , akhowat rock, akhowat garang, brutal , percayalah kita harus menghargai perbezaan kerana itu adalah kurniaan Allah. Jika tiada perbezaan , hidup akan menjadi bosan. Nampak hikmah di situ? Namun garang itu perlu bertempat , jangan pula ganas dan brutal itu diaplikasikan pada keluarga dan usrahmate terchenta.
Habislah nanti kena hentam dengan murabbi tersayang .
Faktanya , saya tidak pernah rasakan diri saya brutal dan gangster melainkan kawan saya yang kata begitu. Dan ibu saya sendiri . Keluarga saya sendiri.
" Jangan masuk kes polis sudahlah." Encik Cicakman komentar lagi.
Diamlah cicak. Panjat saja dinding itu. Nak banyak komen pulak. -.-
Jadi ingat , digelar akhowat garang, kita jangan cepat melatah. Cuma mereka yang rapat dengan kita tahu siapa kita . Okay Set . ( Sambil kelip-kelip mata)
Assalammualaikum :) .
No comments:
Post a Comment